Seorang wanita tekad untuk terjun dari kereta yang sedang bergerak sebab nak mengelakkan diri daripada dipukul suami dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, di Sungai Petani pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, oihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa berlaku pergelutan dalam kereta bersama suaminya dan mangsa berusaha untuk menyelamatkan diri.
Artikel berkaitan : Nampak Normal Bagi Kita, Tapi 6 Barang Harian Ini Rupanya Diharamkan Di Negara Lain
Artikel berkaitan : Cuaca Tak Menentu & Laut Bergelora, Ramai Risau Lihat Rakaman Bot Dipukul Ombak Di Pulau Tioman
Menurutnya, sebelum berlaku kejadian terjun kereta, mangsa mendakwa dia secara tiba-tiba diseret daripada keretanya untuk masuk ke dalam kereta suami itu ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang kira-kira ham 6 petang.

“Sepanjang perjalanan dikatakan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.”
“Semasa tiba di simpang Jalan Lencongan Timur, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami.”
Tambah beliau, berdasarkan siasatan awal, pasangan tersebut sudah berkahwin sejak Oktober 2024. Namun, mereka mula tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa dia kerap dipukul.
Susulan kejadian tersebut, suami mangsa telah ditahan reman bagi membantu siasatan. Perintah reman dibenarkan Mahkamah Sungai Petani selama dua hari bagi membantu siasatan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sumber : Sinar Harian

1 week ago
27































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















