Isteri kepada pempengaruh Prince Syed Shahid iaitu Fatin Syazwani tampil memberikan penjelasan berhubung dengan isu yang melanda dirinya sekeluarga baru-baru ini.
Fatin yang dikhabarkan masih berada di wad menjelaskan bahawa, dirinya sendiri yang enggan berjumpa dengan semua orang kerana memerlukan rehat yang secukupnya.
Artikel berkaitan : “Saya yang buat sendiri, Syed tak bagi buat” – Isteri Prince Syed Nafi Suami Paksa Buat Bariatrik
Artikel berkaitan : “Isteri yang enggan jumpa” – Prince Syed Buat 2 Laporan Polis Selepas Diserang Depan Rumah
“Saya nak tenangkan fikiran dulu, saya nak rehat”
@tkahamarrKenyataan dari isteri prince syed sendiri..Semoga fatin cepat sembuh❤️#princesyed #foryou
♬ original sound – @TkahAmarrr🕊️🤍 – @TkahAmarrr🕊️🤍
Dalam pada itu, Fatin turut kongsikan perkembangan keadaannya yang kini semakin stabil dan tunggu masa untuk keluar daripada wad. Dalam pada itu, Fatin juga menyangkal spekulasi mengenai tindakan Prince Syed yang menghalang dirinya daripada berjumpa dengan keluarganya sendiri.
Saya nak rehat, saya nak rehat. Sekarang ini pun saya dah banyak sihat. Saya cuma nak keluar sahaja,” kata Fatin.
Malah, Prince Syed yang berada di sisi Fatin menjelaskan bahawa dia hormati pendirian isterinya dan hanya menjalankan amanah serta isu yang berlaku di antaranya dengan keluarga mentua itu hanyalah satu salah faham.
Sumber : TikTok

11 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















