beckham

Hubungan kekeluargaan keluarga Beckham dilaporkan semakin tegang apabila Brooklyn Beckham dikatakan meminta ibu bapanya, David dan Victoria Beckham, berurusan serta berkomunikasi dengannya hanya melalui saluran perundangan menerusi peguam.

Menurut sumber, tindakan itu dibuat susulan ketegangan yang semakin berlarutan sehingga Brooklyn turut melarang kedua-dua ibu bapanya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dirinya di platform media sosial.

Screenshot 2026 01 11 at 10.26.43 AM scaled

Artikel berkaitan: Bakal Terima Knighthood, Lagenda Bola Sepak David Beckham Bakal Bergelar ‘Sir’

Artikel berkaitan: Dapat Jumpa Dan Berborak Dengan David Beckham, Gelagat Kanak-kanak Korea Ini Jadi Perhatian

Perbalahan berkenaan dipercayai berpunca sejak majlis perkahwinan Brooklyn bersama Nicola Peltz pada 2022, khususnya berkaitan dakwaan campur tangan dalam pemilihan gaun pengantin, yang mencetuskan rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak.

Keadaan itu dilihat semakin meruncing apabila Brooklyn dan isterinya jarang menghadiri majlis rasmi bersama keluarga Beckham, sekali gus menguatkan spekulasi mengenai hubungan dingin dalam keluarga selebriti terkenal berkenaan.

Terdahulu, adik-beradik Brooklyn, Cruz dan Romeo James Beckham, turut dilaporkan pernah menyekat akaun Instagram abangnya pada tahun lalu. Walau bagaimanapun punca sebenar tindakan tersebut masih belum dapat dipastikan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.