Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta selepas menggeledah sebuah kediaman di Pantai Timur yang dipercayai milik isteri kedua kepada bekas pegawai tertinggi tentera.
Menurut sumber, serbuan yang dilakukan pagi tadi menemukan dua bagasi yang dipercayai digunakan bagi menyimpan barangan mewah.
“Hasil pemeriksaan menemui 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran kira-kira RM2 juta,” kata sumber itu.

Artikel berkaitan: Lamborghini & Rasuah RM5 Juta, Bekas Menteri Disiasat SPRM
Artikel berkaitan: Panglima Tentera Darat Bercuti Serta Merta, Beri Ruang Kepada Siasatan SPRM
Selain jam tangan, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas yang dipercayai milik seorang individu lain yang disyaki bersubahat, dengan nilai dianggarkan sekitar RM225,000, lapor Harian Metro.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penggeledahan dan sitaan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, media sebelum ini melaporkan SPRM turut menyita pelbagai aset lain bernilai kira-kira RM6.9 juta susulan siasatan membabitkan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Antara yang dirampas termasuk wang tunai dalam pelbagai mata wang asing seperti Dolar Amerika Syarikat, Euro, Pound Sterling, Yen Jepun dan Riyal Arab Saudi, selain emas dan sebuah kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR).
“Barang kemas yang disita termasuk tiga jongkong emas 999 seberat satu kilogram setiap satu, dengan nilai semasa kira-kira RM1.8 juta,” menurut sumber.
Tambahnya, sembilan keping emas seberat 100 gram setiap satu turut dirampas.
Kenderaan SVR yang dianggarkan bernilai RM360,000 itu pula dipercayai dibeli secara tunai dan ditemukan di sebuah bengkel sekitar Lembah Klang.

23 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















