RON95

Belum reda isu sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang sanggup menutup huruf pertama dan terakhir nombor plat keretanya ketika mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Johor baru-baru ini, terkini, sebuah stesen minyak di Sungai Petani, Kedah pula telah dikenakan tindakan kerana membenarkan kenderaan asing mengisi petrol RON95.

Menurut laporan Berita Harian, kejadiaan pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kereta dengan nombor pendaftaran asing di Sungai Petani itu telah disahkan berlaku oleh Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Difahamkan, petrol RON95 itu telah diisi oleh seorang pekerja stesen minyak itu ke dalam tangki sebuah kereta dengan nombor plat asing.

Selepas video kejadian itu tular di media sosial, pihak KPDN negeri Kedah cawangan Sungai Petani telah menyiasat kejadian tersebut.

3 3

Artikel Berkaitan: Warga Singapura Berani Tutup Plat Kereta Guna Pita Hitam, Isi RON95 Depan Orang Ramai

Artikel berkaitan: Kantoi! Pemandu Singapura Isi RON95 Jam 3 Pagi Di Johor

Kejadian itu sememangnya sahih setelah pihak KPDN telah ke stesen minyak itu untuk melihat rakaman litar tertutup  atau CCTV stesen terbabit.

Untuk pengetahuan semua, semua stesen minyak dilarang menjual petrol RON95 kepada mana-mana kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran asing kerana RON95 adalah petrol subsidi untuk rakyat Malaysia sahaja.

Untuk kes seumpama ini, jika disabitkan kesalahan, individu boleh dipenjara selama tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya sekali.

Manakala difahamkan, untuk syarikat pula, boleh denda tidak melebihi RM2 juta.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.