Baru-baru ini, penampilan terkini pelakon, Zizan Nin telah menarik perhatian ramai terutamanya peminat industri hiburan dan drama Melayu kerana ramai yang mengatakan mereka tidak mengecam Zizan Nin setelah melihat penampilan terkini pelakon yang membintangi drama Rafflesia dan Spa Q itu yang popular di kaca televsiyen suatu ketika dahulu.
Terkini, Zizan Nin yang kini berusia 52 tahun telah memberikan respons beliau susulan isu penampilan terkininya itu.
Menerusi platform media sosial Threads, Zizan Nin mengatakan penampilannya itu sejajar dengan usianya kerana sebagai manusia, umur kita semua saban tahun akan meningkat dan bukannya menjadi semakin muda.
Artikel Berkaitan: “Teringat iklan dia dulu-dulu…” – Penampilan Terkini Zizan Nin Tarik Perhatian Netizen
Artikel berkaitan: Pempengaruh Nafi Hina Fizikal Pembantu Rumah, Tampil Beri Penjelasan Isu Video Tular Anak Jatuh

Dalam masa yang sama, Zizan Nin turut berdoa agar dirinya terus diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan dipanjangkan usianya serta dapat menjadi warganegara yang berguna.
Sumber: Threads Zizan Nin

1 day ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















