Suasana di Zoo Negara hari ini meriah apabila Perdana Menteri, Datu Seri Anwar Ibrahim, secara rasminya memperkenalkan pasangan Giant Panda baharu kepada orang ramai.
Pasangan itu terdiri daripada Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina), yang masing-masing membawa maksud bintang yang bersinar dan bulan yang terang.
Kedua-duanya merupakan “utusan khas” dari Republik Rakyat China sebagai simbol persahabatan serta kerjasama erat antara Malaysia dan China.
Menurut Anwar, kehadiran Chen Xing dan Xiao Yue bukan sekadar tarikan baharu, malah mencerminkan hubungan diplomatik yang semakin kukuh antara kedua-dua negara.
“Kehadiran panda ini melambangkan kepercayaan dan persahabatan yang terjalin sekian lama antara Malaysia dan China, khususnya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Artikel berkaitan: “Pandai cover!” – Netizen Geli Hati Lihat Momen Adik Ini Tersasul Semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2005
Artikel berkaitan: Bukan Sekadar Gurauan, Kenali 6 Jenis Buli Yang Kita Sering Terlepas Pandang
Difahamkan, pasangan panda tersebut tiba dari China pada 18 November 2025 dan telah menjalani tempoh kuarantin dengan baik.
Pemerhatian mendapati kedua-duanya menunjukkan tingkah laku normal serta aktif, menandakan proses penyesuaian yang positif.
Sementara itu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan PKGP kini dibuka semula kepada pengunjung selepas mendapat persetujuan bersama pihak China.
“Pelbagai penambahbaikan fasiliti telah dilaksanakan bagi memastikan kebajikan Giant Panda terjamin, selain memberi keselesaan kepada pengunjung,” katanya.
Malaysia sebelum ini memeterai perjanjian kerjasama dengan China pada 16 April 2025 menerusi usahasama antara PERHILITAN dan China Wildlife Conservation Association, yang menyaksikan negara ini menerima sepasang Giant Panda bagi tempoh 10 tahun sehingga 2035.
Inisiatif ini dilihat selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta usaha menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

23 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















