Seorang pekerja pengubahsuaian berdepan pengalaman ngeri selepas menemukan rangka manusia ketika melakukan kerja membaiki sebuah kediaman berasingan dua tingkat di daerah Lam Luk Ka, Pathum Thani, Thailand.
Kejadian berlaku ketika lelaki berusia 59 tahun itu sedang membersihkan siling di tingkat dua sebelum satu tengkorak manusia jatuh secara tiba-tiba dari lubang siling, sekali gus mencetuskan pemeriksaan lanjut oleh pihak berkuasa.

Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan rangka lengkap yang masih berpakaian bersama beberapa barangan peribadi termasuk pemotong wayar dan kad pengenalan milik seorang pekerja migran warga Kemboja.
Siasatan awal mengesyaki mangsa maut akibat renjatan elektrik ketika cuba mencuri pendawaian daripada rumah yang tidak berpenghuni itu. Penduduk setempat memaklumkan kediaman berkenaan telah lama ditinggalkan dan sering menjadi sasaran kecurian wayar.

Pihak penyiasat turut percaya rangka tersebut milik seorang pekerja binaan berusia 29 tahun yang dilaporkan hilang kira-kira dua tahun lalu. Keluarganya sebelum ini difahamkan pernah mencarinya sebelum pulang ke Phnom Penh selepas usaha berkenaan tidak membuahkan hasil.
Sumber: Sinar Harian

1 day ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















