6mayat

Polis menemui rangka manusia separa reput di kawasan persisir Pantai Lagenda, Kuala Pahang, Pekan, semalam. Penemuan ini secara langsung membuka siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Makluman mengenai penemuan itu diterima kira-kira jam 10 pagi daripada penduduk setempat sebelum sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian yang jarang dikunjungi orang ramai.

Pemeriksaan awal di lokasi serta terhadap rangka berkenaan tidak menemukan sebarang unsur jenayah, namun siasatan terperinci tetap dijalankan bagi memastikan punca kejadian.

Screenshot 2026 01 11 at 11.13.13 AM

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi, dengan hanya tatu di bahagian belakang pinggul dikenal pasti sebagai petunjuk awal untuk membantu proses pengecaman.

Rangka tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan sekitar jam 11 pagi untuk tindakan lanjut, manakala proses pengambilan sampel DNA akan dilakukan oleh pakar tulang di Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.