Persembahan kumpulan dari Indonesia, Wali Band pada malam tadi di Konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia telah dihentikan tepat jam 12 malam meskipun masih ada beberapa lagu lagi yang belum dinyanyikan oleh kumpulan yang popular dengan lagu Cari Jodoh dan Yank itu.
Difahamkan, konsert di Idea Live Arena di Petaling Jaya tersebut merupakan konsert gabungan antara dua kumpulan iaitu Wali Band dan Radja
Persembahan oleh Wali Band itu difahamkan telah dihentikan kerana telah melebihi tempoh yang ditetapkan yang telah dipersetujui oleh penganjur dan pemilik lokasi, lapor Berita Harian.
Tindakan tersebut telah mencetuskan perasaan tidak puas hati dan kecewa dalam kalangan penonton konsert itu.
@mbuzzterhangatSuasana meriah berubah menjadi tegang apabila persembahan Wali Band di konsert RadjaWali terpaksa dihentikan dengan berbaki beberapa buah lagu lagi. Difahamkan kerana dewan yang digunakan telah melebihi had masa yang ditetapkan iaitu 12AM.
♬ original sound – Mbuzz Terhangat – Mbuzz Terhangat
Artikel berkaitan: “Rasa nak menangis tengok” – Ramai Terharu Lihat Persembahan Tun Hasmah & Siti Nurhaliza Atas Satu Pentas
Artikel berkaitan: ”Lagu biasa jadi sedap”- Lagu ‘Kami Guru Malaysia’ Versi TokTi Buat Orang Ramai Terpegun
Pengacara konsert, Isma Halil kemudiannya membuat pengumuman bahawa kekangan masa menjadi penyebab persembahan oleh Wali Band itu terpaksa dihentikan secara tiba-tiba.
Vokalis Wali Band kemudiannya memohon maaf kepada peminat dan difahamkan, walau bagaimanapun, Radja sempat menghabiskan persembahan lagu-lagu mereka pada segmen awal konsert.
Meninjau ke ruangan komen platform media sosial, ada penonton yang mengatakan konsert ini juga telah bermula lebih lewat dari waktu yang sepatutnya ia bermula.

Sumber: Berita Harian

13 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















