collage 2

Siapa yang tak kenal Cik Lan? Hampir semua orang di Malaysia kenal Cik Lan kerana segmen paranormal yang dilakukan olehnya dan beberapa artis lain.

Cik Lan, atau nama sebenarnya Roslan Shah, kini menjadi perhatian apabila kerap digandingkan bersama Dato’ Sri Vida sejak kemunculan mereka dalam segmen paranormal pada Ogos lalu.

Gandingan ini kembali hangat apabila Cik Lan turut serta mengikuti Dato’ Sri Vida ke pelancaran Salmon Skin Cik B di Singapura.

Artikel Berkaitan: “Lanvida” – DSV Belanja Roslan Shah Handphone Harga RM 7,799, Netizen Usik Awal Sangat Beli Hantaran

Artikel Berkaitan: “Random betul collab” – Netizen Geli Hati Lihat Trio Dato Vida, Ebit Lew & Roslan Shah Buat Paranormal

Dalam satu video yang tular di TikTok, Cik Lan dilihat telah menyanyikan sebuah lagu untuk Vida di atas pentas.

@salmon.skin.cikb 🎤 “Mengapa kita bila nak kahwin 🤣 – Cik Lan @Roslan Shah – Cik Lan siap nyanyikan lagu khas untuk saya di Singapore Expo! Terima kasih warga Singapore yang sporting #tiktoksingapore🇸🇬 #foryoupage #roslanshah #datoserivida #pamogajus ♬ Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris

Gelagat Cik Lan mengubah lirik lagu Sandarkan Pada Kenangan nyanyian Jamal Abdillah dan arwah Siti Sarah itu mencuit hati netizen.

Lirik asal yang berbunyi “Mengapa kita harus bersengketa” ditukar kepada “Mengapa kita bila nak kawin” serta “Tunang-tunang jangan lama-lama”.

Screenshot 2025 09 16 161741

Di dalam video itu juga Cik Lan ada menyatakan dia suka pada Dato’ Sri Vida kerana beliau seorang yang ikhlas, rajin dan wanita berusaha.

Cik Lan juga menegaskan bahawa Dato’ Sri Vida itu kepunyaannya dan tidak mahu orang lain untuk kacau.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat Cik Lan dan Dato’ Sri Vida. Mereka juga mengatakan adakah mereka bakal menukar status rakan sekerja ke rakan serumah.

Screenshot 2025 09 16 160846

Screenshot 2025 09 16 160859

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.