Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang mengalami patah tulang pinggul selepas beliau terjatuh di kediamannya.
Difahamkan, Tun Dr Mahathir telah terjatuh ketika melakukan ‘brisk walk’ iaitu senaman rutin paginya di rumah beliau.

Memandangkan usia mantan PM itu sudah mencecah 100 tahun, beliau dinasihatkan oleh pakar perubatan agar tidak menjalani pembedahan dan kini masih meneruskan rawatan bagi pemulihan tulang pinggul yang patah itu di Institut Jantung Negara (IJN).
Susulan itu, hasil perbincangan daripada doktor-doktor pakar dari IJN, HUKM serta Hospital Kuala Lumpur (HKL), pakar perubatan telah membuat keputusan bahawa rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan terbaik buat kesihatan Tun Mahathir.

Artikel berkaitan : Tun Mahathir Dakwa PMX ‘Pathological Liar’, Tabur Fitnah Sejak 27 Tahun Lalu
Artikel berkaitan : Cucu Tun Mahathir Alami Kerugian Berjumlah RM1.8 Juta Lepas Rumah Dipecah Masuk
Proses pemulihan ini juga dijangka bakal mengambil tempoh masa yang agak lama kerana ia mengambil faktor usia Tun Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir dan keluarga beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau.
Difahamkan, buat masa ini, beliau tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali ahli keluarga yang terdekat sahaja.
Sumber: Instagram Chedetofficial

1 day ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















