Satu kejadian lubang benam atau sinkhole telah berlaku di kawasan sawah padi di Nagari Situjuah Batua, Daerah Situjuah Limo Nagari di Sumatera Barat baru-baru ini.
Lokasi kejadian lubang benam itu kemudiannya telah menjadi tumpuan bukan hanya dalam kalangan penduduk sekitar malah juga pengunjung luar.
Ia menjadi tumpuan ramai kerana orang ramai mahu mengambil air yang keluar mengalir dari lubang besar tersebut sehingga ramai yang sanggup beratur panjang.
Orang ramai telah mengambil air yang mengalir keluar dari lubang benam di sawah itu dengan menggunakan bekas simpanan air dan botol.

Artikel Berkaitan: Sinkhole’ Sedalam 50 Meter Gemparkan Bangkok, Penduduk Sekitar Dipindahkan & Bangunan Dikosongkan
Artikel berkaitan: Video Detik-detik Sebelum Kejadian ‘Sinkhole’ Di Singapura Tular Di Media Sosial
Difahamkan, mereka mengambil air yang mengalir keluar itu kerana mahu menjadikannya sebagai cenderamata untuk menandakan kedatangan mereka ke tempat berlakunya fenomena alam lubang benam yang jarang-jarang berlaku berkenaan sebagai kenang-kenangan lapor Sinar Harian.
Namun, dalam masa yang sama, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku, paip sementara telah dipasang oleh penduduk setempat untuk menyalurkan air dari ‘sinkhole’ tersebut, jadi untuk mengambil air dari lubang itu, orang ramai tidak perlu menghampiri kawasan lubang benam itu.
Ini kerana tanah di sekitar kawasan kejadian dipercayai masih lagi tidak stabil dan boleh merisikokan keselamatan orang ramai jika tiba-tiba berlaku pergerakan tanah susulan.
Menurut laporan MSN, air yang mengalir keluar dari lubang benam di sawah itu adalah jernih dan tidak berbau.
Difahamkan juga, garisan polis telah diletakkan di kawasan itu agar tidak didekati oleh orang ramai, namun masih ada pengunjung yang tetap datang ke kawasan itu.
Sumber: Sinar Harian, MSN

1 day ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















