Enam orang warganegara Bangladesh yang mahu memasuki Malaysia melalui jalan darat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah tidak dibenarkan untuk berbuat demikian kerana mereka disyaki bukan pelancong tulen yang mahu melawat negara ini.
Menurut laporan Berita Harian, enam orang warga Bangladesh yang terdiri daripada empat orang lelaki dan dua orang wanita itu mengatakan kepada pihak imigresen bahawa mereka mahu masuk ke negara ini untuk menghadiri program penting.
Keenam-enam mereka juga memakai pakaian korporat iaitu sut dan sari untuk kelihatan formal pada mata pihak berkuasa.

Artikel berkaitan: SPRM Siasat Pasangan Pegawai Imigresen Beli Kereta Mewah, Buka Kedai Emas Guna Duit Rasuah
Artikel berkaitan: Ikut Mimpi, Warga Emas Terima Bantuan Kerajaan Bulanan Ditahan Beli Nombor Ekor
Namun, meskipun berpakaian formal, kesemua mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke Malaysia kerana mereka semua tidak berjaya memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan untuk masuk ke negara ini.
Menurut Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, kesemua warga Bangladesh itu juga kemudiannya telah diarahkan untuk berpatah balik ke negara asal menerusi jalan masuk yang sama.
Sumber: Berita Harian

15 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















