Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan rasa amat dukacita dan tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat mulai tahun ini sebelum dipindahkan ke kawasan Bukit Tagar pada tahun 2030 di atas tanah seluas kira-kira 202 hektar.
Sultan Selangor telah menzahirkan perasaan dukacita itu menerusi satu kenyataan melalui platform media sosial rasmi baginda.
Difahamkan, secara prinsipnya, baginda akur dengan kewujudan ladang penternakan khinzir dalam skala kecil dan terkawal demi memenuhi keperluan sumber makanan rakyar bukan Islam di negeri itu.
Namun, perancangan berskala besar adalah tidak wajar, tidak sensitif dan tidak seimbang dengan realiti demografi serta keharmonian masyarakat Selangor yang majoritinya adalah populasi orang Melayu Islam,” titah Sultan Selangor.

Artikel Berkaitan: Ternakan Mati, Penyakit Demam Babi Afrika Serang Ladang Di Pulau Pinang
Artikel berkaitan: JAKIM Arah Tarik Semula Produk Makanan Indonesia Dikesan Ada DNA Babi

Kebimbangan turut dizahirkan oleh Sultan Selangor kerana kawasan Kuala Langat itu didiami oleh ramai penduduk Melayu, dan hingga ke hari ini, masalah berkaitan dengan penternakan khinzir di kawasan berkenaan masih belum lagi berjaya diselesaikan sepenuhnya sejak 2010.

Penduduk di sekitar kawasan itu telah lama menghadapi masalah bau busuk, air sungai yang tercemar dan masalah lalat yang tidak berkesudahan.
Oleh itu, Sultan Selangor mencadangkan agar wakil-wakil rakyat untuk tinggal bersebelahan kawasan penternakan babi seperti di Kuala Langat agar dapat merasai sendiri pengalaman sebenar seperti yang dialami oleh penduduk sekitar.
Susulan ini, difahamkan, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Negeri, Izham Hashim bakal menghadap Sultan Selangor esok untuk membentangkan perincian keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenai isu penternakan khinzir di daerah itu, lapor Malaysia Kini.
Sumber: X Selangor Royal Office, Astro AWANI

10 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















