Seorang lelaki bujang di Mersing, Johor ditahan selepas terkantoi berkhalwat dengan seorang wanita warga asing dalam serbuan di sebuah rumah malam tadi.
Serbuan kira-kira pukul 10 malam yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) juga turut disertai pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di mana lelaki berusia lingkungan 30 an turut ditahan pegawai kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Artikel berkaitan: Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat, Beri Alasan Sedang Ulang Kaji Pelajaran Dalam Kereta
Artikel berkaitan: Takut Dicekup Imigresen, Wanita Warga Asing Hamil 6 Bulan Lari 200 Meter Dengan Kasut Tumit Tinggi
Lebih menyedihkan, ketika serbuan dibuat, turut berada di rumah berkenaan ialah nenek lelaki itu yang berusia lebih 80 tahun dan terlantar uzur.
“Hasil siasatan mendapati, wanita berusia 30 an yang masih bujang itu baru sahaja berkenalan dengan lelaki berkenaan melalui sebuah aplikasi sembang popular di internet.
Selepas bersembang dan berhubung menerusi panggilan video, wanita terbabit nekad datang ke Mersing untuk berjumpa lelaki itu buat pertama kali,” katanya.
Difahamkan kerana pertemuan mereka yang singkat itu, ia menjurus kepada khalwat yang dilakukan tersebut.
Sumber: Kosmo!