Ditarik Ombak

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun telah dilaporkan hilang pada petang Jumaat lalu setelah mangsa ditarik oleh ombak ketika berada di Pantai Sauh, Batu Rakit di Terengganu.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa, Muhammad Zarif Mohd Hazahari telah ke pantai itu bersama ibu saudaranya dan empat lagi kanak-kanak lain untuk bersiar-siar.

Ketika berada di pantai, mangsa mahu mencuci kaki, jadi dia telah ke gigi air sebelum dia dipukul ombak besar dan dihanyutkan oleh arus ombak.

Orang awam yang berada di sekitar kawasan pantai itu cuba menyelamatkan mangsa setelah mendengar jeritan namun tidak berjaya kerana ombak yang sangat besar.

Operasi mencari mangsa telah digerakkan oleh pasukan penyelamat dan jasad kanak-kanak itu akhirnya telah ditemui apabila mangsa ditemui terdampar di pantai, lapor Berita Harian.

8

Artikel Berkaitan: “Cuba capai tangannya tapi tak sampai” – Murid Tahun 3 Dikhuatiri Lemas Di Pantai Kemayang

Artikel berkaitan: Murid 11 Tahun Maut Dalam Program Akuatik Anjuran Sekolah

Lokasi penemuan jasad mangsa yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu adalah kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian iaitu di Pantai Sauh, Pengkalan Atap, Batu Rakit.

Mayat mangsa ditemui oleh penduduk dan pasukan penyelamat pada jam 3 pagi tadi.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.