Seorang remaja lelaki dicekup berkhalwat bersama seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel di Johor Bahru pada tengah malam Rabu selepas memberi alasan ingin menumpang tandas kerana sakit perut.

Serbuan dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 12.30 tengah malam hasil maklumat dan pemantauan dijalankan. Ketika pemeriksaan, remaja terbabit mengambil masa beberapa minit sebelum membuka pintu bilik dan cuba melarikan diri, namun berjaya dihalang.
Pemeriksaan lanjut mendapati wanita berusia 22 tahun itu bersembunyi di dalam tandas, manakala siasatan mengesahkan kedua-duanya bukan suami isteri dan berstatus bujang.
Hasil siasatan juga mendapati remaja berkenaan membawa wanita tersebut keluar dari asrama pekerja sekitar jam 8.30 malam dengan menaiki motosikal untuk makan bersama. Namun, wanita itu tidak dapat dihantar pulang kerana asrama ditutup pada jam 10 malam sebelum mereka mendaftar masuk ke hotel berkenaan menggunakan nama remaja terbabit.
Remaja itu memaklumkan bahawa dia hanya berniat menghantar wanita tersebut dan tidak mempunyai hasrat untuk berkahwin kerana masih berusia belasan tahun serta belum berkemampuan, manakala kes diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Sumber: Sinar Harian

1 day ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















