sweet qismina anugerah

Pelakon wanita Malaysia yang popular dengan drama Hikayat Putera Syazlan ketika zaman ciliknya, Sweet Qismina sekali lagi meraih anugerah dalam bidang lakonan selepas memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Di Festival Filem Malaysia (FFM34) baru-baru ini menerusi filem Babah.

Kali ini, Sweet Qismina telah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah ASEAN International Film Festival & Awards 2025 (AIFFA 2025) yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada malam tadi.

sweet

Artikel Berkaitan: ⁠Filem Babah Bolot 6 Anugerah, Turut Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia 34

Artikel Berkaitan: “This is batik Malaysia” – Rekaan Batik Dengan Lakaran Watak ‘Venom’ Curi Perhatian Ramai

Anugerah itu diraih oleh Sweet menerusi filem Babah, sekali gus menewaskan calon lain yang tidak kurang hebatnya dari Vietnam, Indonesia dan Filipina.

sweet qismina

Dalam anugerah itu juga, filem Malaysia turut meraih beberapa lagi anugerah menerusi filem Abang Adik dan filem Tegkang.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.