Hanya kerana cemburu buta, seorang suami di Indonesia tergamak membelasah isterinya hingga cedera.
Suspek yang berusia 53 tahun itu ditahan polis selepas dilaporkan menyerang isterinya, 51, kerana didakwa terlalu kerap memuat naik selfie di Facebook.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Daerah Pemulutan Selatan, Kabupaten Ogan Ilir, pada 30 Oktober lalu dan menjadi tular selepas kisah mangsa dikongsi penduduk tempatan di media sosial.
“Suspek marah kerana mangsa banyak memuat naik foto di Facebook dan dianggap terlalu narsis,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ogan Ilir, AKP Mukhlis.
Artikel berkaitan: Suami Kantoi Curang Belasah Isteri Baru Habis Pantang Mengaku Tak Bersalah
Artikel berkaitan: Ngeri! Gara-gara ‘Selfie’ Di Tebing Pantai, Pelancong Hilang Akibat Dibadai Ombak Deras

Mengulas lanjut, kejadian berlaku ketika isterinya sedang duduk di bilik sambil memegang telefon bimbit sebelum suspek datang meminta peranti berkenaan.
Namun, apabila mangsa enggan menyerahkannya menyebabkan pertengkaran berlaku. Menurut Mukhlis, suspek kemudian merampas telefon itu secara paksa sebelum memukul isterinya sehingga wajahnya lebam dan bengkak.
Jiran berdekatan turut mendengar jeritan mangsa yang meminta pertolongan dan membawanya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, polis yang menerima laporan kemudiannya bertindak menahan suspek di rumahnya pada malam Sabtu, 1 November lalu untuk siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian

1 week ago
18































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















