ft jiran nubhan

Pergolakan rumah tangga antara penyanyi Nubhan dan Dr Afifah dilihat semakin hangat diperkatakan apabila dikatakan terdapat campur tangan daripada pihak lain yang terpalit dengan masalah perkahwinan mereka ini.

Terkini, tular perkongsian daripada seorang pelakon yang dikenali sebagai Syamim Razi yang mendakwa dirinya telah ‘diserang’ oleh Dr Afifah menerusi hantaran mesej.

Artikel berkaitan : Mati Pucuk Punca Johnny Depp Lakukan Keganasan Seksual – Amber Heard

Artikel berkaitan : Tak Serik, Amber Heard Bakal Keluarkan ‘Revenge Book’ Lepas Kalah Dengan Johnny Depp

“Sis cuba jadi Amber Heard”

Dalam mesej tersebut pertelingkahan itu dilihat seperti berkaitan dengan hak Dr Afifah terhadap Nubhan termasuk harta benda kerana dia seorang isteri yang telah mempunyai 3 zuriat bersama Nubhan.

“Tolong ada orang serang saya! Yang korang kata lembut?”

Di samping itu, Syamim turut mempersoalkan tuduhan yang dibuat oleh Dr Afifah terhadap ibunya yang mendakwa jadi orang ketiga dalam rumah tangga antaranya dengan Nubhan.

Tidak terhenti di situ, Syamim turut mendedahkan Dr Afifah ada memberikan mesej panjang lebar untuk membuat permohonan maaf kepadanya.

Screenshot 2025 11 10 130644

Dalam masa yang sama, Syamim juga ada memberikan kenyataan dan melabelkan Dr Afifah ini sebagai ‘Amber Heard’ (pelakon yang juga merupakan bekas isteri kepada aktor terkemuka Johnny Depp yang isu antara mereka pernah menggemparkan Hollywood tidak lama dulu).

Berikutan dengan kes tersebut, Dr Afifah terpanggil untuk tampil memberikan respon terhadap dakwaan Syamim yang merupakan jiran kepada Nubhan.

Screenshot 2025 11 10 131222 Screenshot 2025 11 10 131239

Sumber : Threads, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.