Seorang lelaki tampil membuat pendedahan mengejutkan di hadapan penyanyi Tomok berhubung kesilapannya suatu ketika dahulu.
Menurut lelaki itu, dialah antara individu yang terlibat dalam insiden Tomok dibaling telur semasa vokalis New Boyz itu melakukan persembahan di Mahkota Parade, Melaka, kira-kira 25 tahun yang lalu.
“Saya mengaku saya sebenarnya penentang Tomok. Itu dulu, dulu, masa (Tomok) ada rambut dan di Mahkota (Mahkota Parade) sayalah orangnya, jadi saya nak minta maaf hari ini,” kata lelaki itu.
Difahamkan, video berkenaan dirakam ketika Tomok mengadakan persembahan di My Event Food Fest di Melaka yang berlangsung pada 8 November lalu.
Artikel berkaitan: “Lagu legend ni!” – Netizen Teruja Dengar Anak Tomok ‘Belanja’ Lagu New Boyz
Artikel berkaitan: Throwback: 13 Band Femes Ini Imbas Kembali Zaman Muda-Mudi Korang Tahun 90an
Menurut lelaki itu, isterinya merupakan salah seorang daripada peminat Tomok dan kerana menghormatinya, dia memberanikan diri untuk tampil berjumpa dengan pelantun lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ itu.
Walaupun Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengakui insiden itu merupakan sejarah hitam dalam hidupnya, namun dia tetap menerima permohonan maaf lelaki berkenaan.
“Tapi bagi saya, saya jadikan ia sebagai satu kenangan lah. Benda dah lepas dan kita pun semakin berumur. Saya pun nak minta maaf jika ada melukai hati abang (ketika itu),” ujar Tomok.
@myevent4Tahniah bang kerana Berani untuk mengaku pernah baling telur di kepala Tomok satu masa dulu sebb Tomok handsome sgt ramai perempuan minat.🤣🤣 Apapun tu satu kenangan dan telah dimaafkan.. #myevent #GempakMelaka #lotuschengmelaka #FestivalMakanan #padu
♬ original sound – MY EVENT – MY EVENT
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian lelaki berkenaan yang mengakui kesilapannya. Ada juga yang mengimbau kenangan mengenai insiden terbabit.
Bagi yang tidak tahu, insiden baling telur itu berlaku apabila segelintir lelaki dipercayai berasa cemburu sehingga sanggup melakukan sabotaj kerana kumpulan New Boyz pada waktu itu begitu popular dalam kalangan wanita.
Sumber: TikTok

1 week ago
29































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















