Selalu kita dengar berita di luar negara insiden yang disyaki gas bocor tetapi rupanya hanyalah bau buah durian.
Baru-baru ini, insiden seumpama itu terjadi lagi dan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok rakyat Malaysia yang menetap di Paris.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Faroy di TikTok, dia dan suaminya ketika itu sedang menikmati pulut durian.
Sedang pasangan itu menikmati hidangan tradisi tersebut, mereka secara tiba-tiba didatangi sepasukan anggota bomba penyelamat yang mendakwa menerima laporan kebocoran gas di kediaman pangsapuri tersebut.
Artikel berkaitan: Angkara Bau Durian, Pemandu Bas Di Thailand Pengsan Sampai Perjalanan Terpaksa ‘Delay’
Artikel berkaitan: “Diplomasi durian”- Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida Cuba Makan Durian Ketika Melawat Malaysia
Katanya, bau kuat yang menyelubungi kawasan itu difahamkan dilaporkan oleh jiran yang berada di tingkat atas.
“Kecoh satu bangunan bila orang Malaysia makan durian dalam rumah. Satu pasukan bomba datang cari mana datang punca bau gas (durian),” tulisnya di ruang kapsyen.
@faroyKecoh satu bangunan bila org malaysia makan durian dlm rumah… satu pasukan bomba dtg nk cari mne dtg punca bau gas (durian) 😅 #fyppppppppppppppppppppppp #durian #viral #malaysia
♬ original sound – FroyJall – FroyJall
Menurut Faroy, pasukan bomba melakukan pemeriksaan rapi namun tidak menemui sebarang punca kebocoran.
“Bomba cari tak jumpa, kemudian dia panggil syarikat gas yang salur gas kat bangunan tu datang, periksa pakai meter gas, meter gas kosong, kitorang buat tak tahu jelah,” katanya.

Difahamkan, buah tersebut dibeli dari sebuah premis di China Town Paris, iaitu lokasi yang masih menjual buah-buahan Asia termasuk ‘raja buah’.
Sumber: TikTok

1 week ago
22































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















