Seorang wanita sedih dan hampa apabila, bakal suaminya tidak kunjung tiba di hari pernikahan mereka, Nor Syafiqah, berkongsi dia mengenali bakal suaminya sejak lapan bulan lalu dan lelaki tersebut juga bekerja di kedai makan miliknya.
Katanya, sepanjang hubungan mereka, lelaki itu tidak pernah menunjukkan sebarang masalah, namun ada memaklumkan bahawa bapanya tidak merestui hubungan tersebut.
Artikel berkaitan: Uqasha Persoal Status Pernikahan Kerana Tarikh Di Sijil Nikah Berbeza Dengan Akad
Artikel berkaitan: Pengantin Wanita Maut, Suami Tidak Sedarkan Diri Ketika Bulan Madu
“Kami tetap meneruskan perkahwinan ini walaupun dihalang bapanya yang tidak sukakan saya. Bakal suami beritahu yang dia sayangkan saya.
Dia juga tekad teruskan malah ikut saya mencuba baju di butik pengantin. Sehari sebelum majlis akad nikah, lelaki itu datang ke rumah dan dia kata hendak teruskan majlis nikah kami, ” katanya.
Namun, pada pagi Jumaat, mesej WhatsApp yang dihantarnya tidak dibalas, malah hanya ditinggalkan dengan tanda blue tick.
Menurut Harian Metro, Syafiqah memaklumkan Imam Qariah Lubuk Batu turut hadir untuk menikahkan mereka, tetapi pengantin lelaki tetap tidak muncul.
Lebih 1,000 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan hadir pada hari berkenaan, namun hampa apabila diberitahu bahawa akad nikah tersebut tidak berlangsung seperti dirancang.
“Bayangkan saya sudah memasang khemah kenduri dan pelamin termasuk memakai pakaian pengantin serta menyediakan katering makanan serta cenderahati untuk tetamu tetapi sehingga petang pengantin tidak muncul.
Saya dimaklumkan pengantin lelaki tidak datang kerana bimbang bapanya marah dan tidak mahu majlis itu diteruskan tetapi saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya,” jelasnya.
Kerana terlalu malu, dia memilih untuk berkurung di dalam bilik sepanjang majlis sebelum menukar pakaian pada sebelah petang.
Tambahnya, bakal suaminya itu selama ini melayaninya dengan baik dan menyayanginya.
“Kad jemputan majlis kahwin yang sepatutnya berlangsung 13 Disember ini sudah diedar malah pelamin, pakaian pengantin serta barangan perkahwinan semuanya terpaksa dibatalkan.
Saya mengalami kerugian hampir RM12,000 menggunakan simpanan. Saya tiada ibu dan ayah. Hanya mengharapkan kasih pada kakak dan abang kerana saya anak bongsu daripada lima beradik,” katanya.
Nor Syafiqah yang bercerai dengan suami pertama lapan bulan lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun berkata, hubungannya dengan bekas suami juga baik, dan dia tidak menyangka perkara sebegitu akan menimpanya.
“Saya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pagi tadi kerana rasa tertipu dengan apa yang berlaku.
Selain itu saya juga sudah berjumpa dengan peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: Harian Metro

4 days ago
24






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















