Seorang guru berdepan detik cemas selepas menyedari seekor ular sawa batik seberat kira-kira 60 kilogram bersembunyi di siling tandas rumahnya.
Nor Hayati Md. Rajab, 50, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang pada Rabu lalu di kediamannya di Taman Bandar Baru PKNK, Sungai Petani, Kedah.
Menurutnya, kejadian itu disedari anak perempuan berusia 15 tahun yang baru pulang dari sekolah memaklumkan bahawa siling tandas pecah sehingga menimbulkan rasa takut untuk menggunakannya.
“Waktu itu saya ada mesyuarat dan anak menghantar gambar siling yang terjatuh. Sebaik tiba di rumah, saya terus memeriksa siling di tandas tersebut.
“Saya lihat pada bahagian siling pecah itu kelihatan seperti kain batik. Saya hairan bagaimana kain batik boleh ada di atas siling sebelum anak menggunakan kamera telefon dan zoom pada kawasan tersebut hingga terlihat badan ular,” katanya.
Artikel berkaitan: Ular Panjang 4 Kaki Gigit Kemaluan Remaja Lelaki Ini Dari Lubang Jamban
Artikel berkaitan: “Kami seperti tinggal di Jurassic Park” – Penduduk Israel Kini ‘Diserang’ Ular
Dia kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memohon bantuan menurunkan reptilia berkenaan namun hanya menyedari saiznya yang agak besar ketika ular tersebut terjatuh dari siling.
“Ketika ular sawa batik itu ditarik keluar dan jatuh dari atas siling, saya terkejut kerana saiznya sangat besar, ingatkan ular biasa.
“Tak pernah saya lihat ular sebesar itu depan mata… besar sungguh sampai saya jerit anakonda,” ujarnya.
Katanya, ular itu kemungkinan menjalar masuk melalui pokok durian belanda di belakang rumah setelah menyedari pasu bunga terbalik dua hari sebelum kejadian.
Nor Hayati juga memaklumkan ia merupakan kejadian pertama kali berlaku. Insiden itu membuatkan dia dan dua anak trauma serta sentiasa berhati-hati setiap kali mahu ke tandas.
Sumber: Kosmo!

4 days ago
24































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















