Isu pergolakan rumah tangga di antara pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril pernah menjadi perhatian netizen sebelum ini dan pasangan tersebut telah memilih untuk berdamai serta tidak meneruskan perceraian.
Namun posting terbaharu daripada Nur Syazwani di IG story telah mendapat perhatian netizen apabila dia menimbulkan tanda tanya mengenai status rumah tangganya dengan pemain bola sepak berkenaan.
Dalam beberapa hantaran, Nur Syazwani memuat naik kata-kata yang seakan memberi ‘hint’ bahawa dia sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga.

Artikel berkaitan: “Forgive & forget, macam baru kahwin semalam” – Faisal Halim & Isteri Dah Berdamai?
Artikel berkaitan: Sangkal Dakwaan Tak Ada Duit & Tak ‘Handsome’, Peguam Kongsi Sebab Kenapa Isteri Faisal Halim Failkan Cerai
Perkahwinan bukan satu perjudian.
“Nak main game? Jom main. Patutlah layan aku macam sampah,” tulisnya.
Dia juga dilihat berkongsi ‘kata-kata hikmah’ mengenai balasan Allah terhadap penipuan dan tidak mendoakan perkara buruk kepada mereka yang tidak berlaku jujur dengan seseorang.
Walau bagaimanapun, Nur Syazwani tidak menyatakan kepada siapa kata-kata ini ditujukan dan apakah sebab yang membuatkan dia memuat naik perkara itu.

Terdahulu, Faisal Halim yang juga dikenali sebagai Mickey telah mendirikan rumah tangga Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sumber: Instagram

1 week ago
22































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















