nubhan

Nubhan mengakui isu rumah tangganya kini menjadi bualan ramai di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Disebabkan itu, pemilik nama Ahmad Nubhan Ahamad, 39, memberitahu dia tidak mahu kisah peribadinya terus diperkatakan dan rela meletakkan segala masalah di atas bahunya.

Katanya, dia mengambil tanggungjawab penuh atas kekecohan yang berlaku di media sosial termasuk beberapa perkongsian isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berkenaan hubungan mereka.

“Berat sebenarnya, tapi saya rasa biarlah letakkan semua kesalahan ke atas saya. Perkara ini bukan mudah nak fokus. Macam-macam hal yang terjadi.

“Cukup-cukuplah sebab apa sahaja cerita yang keluar adalah antara saya dan dia. Orang luar hanya tahu sedikit sahaja. Selebihnya biarlah saya simpan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Buat apa nak meratapi lelaki… ada masalah lari rumah” – Komen Adik Dr Fie

Artikel berkaitan: Nubhan Bawa Anak ‘Lepas Rindu’ Dekat Bibik, Ini Respon Dr Afifah

photo 2025 11 10 09 43 02

Sehubungan itu, Nubhan memilih untuk tidak lagi mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya kerana bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Semua ini patut dihentikan. Saya mahu memberi fokus kepada anak-anak dan GV12. Berilah saya ruang dan peluang untuk teruskan tanggungjawab.

“Saya tahu apa yang berlaku sebab ia diperkatakan di media sosial, tapi untuk baca secara terperinci itu tidak sebab saya memilih untuk fokus kepada GV12.

“Hentikanlah segala spekulasi dan permainan media sosial. Kisah rumah tangga hanya saya dan dia sahaja tahu,” jelasnya.

Sebelum ini, timbul pula orang ketiga mendakwa mengetahui apa yang berlaku antara Nubhan dan isterinya sehingga menjadi bualan hangat warganet.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.