Dalam banyak-banyak kisah pembunuhan bersiri, mesti ada nama-nama yang korang dah kenal macam Ted Bundy, Jeffrey Dahmer dan yang lain-lain. Mereka ni pun terkenal bukan sebab kekejaman yang tak masuk akal je, tapi sebab ada juga kisah silam yang penuh dengan trauma dan obsesi pelik yang tak dapat dijelaskan.
Tapi korang tahu tak, ada satu nama yang jarang disebut, walaupun kisahnya jauh lebih disturbing? Seorang lelaki pembunuh bersiri bernama Edmund Kemper atau Ed Kemper ni, orangnya nampak baik dan mesra tapi rupanya ada kisah trauma dan kebencian terhadap ibunya sendiri sehinggakan ia mendorong dia untuk membunuh wanita satu demi satu.
Kalau korang curious dengan kisahnya, jom teruskan pembacaan di bawah.
Trauma sejak kecil

Ed Kemper dilahirkan pada 18 Disember 1948 di Burbank, California. Sejak kecil, sebenarnya dia sudah menunjukkan tanda-tanda yang dia sebenarnya lain daripada kanak-kanak lain.
Sama seperti pembunuh bersiri lain, dia juga membesar dalam zaman kanak-kanaknya yang penuh trauma di mana ibunya, Clarnell Elizabeth Kemper, seorang kaki botol yang berkemungkinan ada masalah borderline personality disorder (BPD).
Tingkah lakunya yang kadang-kadang tidak menentu itu pernah membuatkan ayah Ed iaitu seorang veteran Perang Dunia Kedua merasakan misi peperangan dan uji kaji letupan bom tidaklah seteruk kalau dibandingkan dengan hidupnya bersama Clarnell.
Clarnell sering menghina pekerjaan ayah Ed yang merupakan seorang juruelektrik. Malah, dia sengaja tidak memanjakan anak lelakinya sebab takut kalau anaknya boleh menjadi ‘gay’. Jadi disebabkan suasana rumah yang sentiasa tegang, Ed mula mencipta fantasi gelap sejak kecil.
Antara fantasi gelap Ed pada waktu kecil adalah dia selalu memenggal kepala anak patung milik adik-adiknya. Dia juga mengakui bahawa dia merasakan rangsangan seksual ketika berbuat demikian, maksudnya bunyi dan kelakuan tersebut boleh membuatkan dia rasa puas.
Ed juga dikatakan sering mencipta permainan yang pelik, contohnya macam ‘kerusi elektrik’ dan ‘gas beracun’ serta akan memaksa adik-adiknya bermain dengannya.
Pernah pada satu masa,, dia mengintai gurunya sambil membawa bayonet atau pisau senapang ayahnya dan bila adiknya menyakat dia tentang cubaan mencium guru itu, Ed menjawab dengan tenang yang dia akan bunuh gurunya dulu.
Kalau aku nak cium dia, aku kena bunuh dia dulu,” katanya dengan tenang.
Ketika dia berumur 10 tahun, tingkah lakunya makin lama makin mengganas. Sejak ayahnya meninggalkan keluarganya pada tahun 1957, Ed mula membunuh kucing-kucing milik keluarganya. Malah, dia juga telah tanam salah satu daripada kucing itu secara hidup-hidup dan kemudian penggal kepalanya.
Semenjak ketiadaan figura seorang ayah di rumah, ibu Ed mula sasar Ed secara emosi, memanipulasi dan menghinanya sehingga dia hilang keyakinan dalam dirinya dengan menyatakan yang tiada seorang wanita pun akan sukakannya suatu hari nanti. Ibunya juga menyuruh dia untuk tidur di basement dengan alasan yang anak lelakinya itu mungkin akan mencederakan adik-adiknya nanti.
Disebabkan tidak tahan dengan sikap ibunya, Ed melarikan diri dari rumah pada umur 14 tahun. Pada awalnya, dia ingin hidup bersama ayahnya, namun disebabkan ayahnya sudah berkahwin baru, dia dihantar untuk tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung.
Mangsa pertama Ed adalah keluarganya sendiri

Bagi Ed, tinggal di kampung bersama datuk dan neneknya ibarat sama saja kalau dia tak melarikan diri dari rumah. Dia menyifatkan yang datuknya seorang yang nyanyuk dan neneknya selalu merendahkan diri seorang lelaki, sama macam ibunya sendiri.
Dia ingat dia lagi berani daripada mana-mana lelaki dan selalu merendahkan aku dan datuk aku macam kami tak boleh buktikannya,” kata Ed.
Bila makin lama dia kerap bergaduh dengan neneknya, Ed mula menjadi baran. Dia rasa macam hidup dalam penjara sebab neneknya sukar untuk dipuaskan hatinya.
Pada 27 Ogos 1964 ketika dia berumur 15 tahun, Ed bertengkar dengan neneknya sekali lagi. Tapi kali ini, dia tidak lagi boleh bersabar dan akhirnya menembak kepala neneknya dengan menggunakan .22 caliber rifle milik datuknya.
Kemudian bila datuknya baru saja sampai rumah, Ed tembak datuknya juga sebab dia tak nak kantoi dengan datuknya yang isterinya dibunuh. Alasan dia membunuh neneknya pun sebab dia nak tahu ‘apa rasa bunuh nenek’.
Selepas kedua-duanya meninggal dunia, Ed menghubungi ibunya dan mengaku segala perbuatannya. Kemudian, dia dihantar ke unit pesakit gila jenayah di Hospital Atascadero. Di situlah doktor mendapati yang Ed sebenarnya menghidap penyakit skizofrenia paranoid, di samping mempunyai IQ yang sangat tinggi.
Tapi walaupun dia telah melakukan jenayah, Ed cuma tinggal di hospital beberapa tahun saja. Ketika umurnya 21 tahun, dia dibebaskan dan kembali tinggal bersama ibunya yang sedang bekerja sebagai pembantu admin di Universiti California pada waktu itu.
Kembali membunuh orang awam pula

Ed cuba untuk hidup normal seperti orang lain. Setelah gagal mendapat pekerjaan disebabkan dia dilihat sebagai terlalu besar dan tinggi iaitu sekitar 206cm, akhirnya Ed mula bekerja di Jabatan Pengangkutan.
Ed selalu perasan yang ramai wanita menumpang kereta secara percuma atau hitchhiking, jadi dia pun cuba untuk ‘menawarkan servis’ tumpang kereta juga. Pada awalnya, dia tolong wanita-wanita tersebut tanpa sebarang apa-apa niat dan balasan.
Saya tumpangkan mereka ni pun hanya untuk berbual je, sekadar nak cuba kenal orang sebaya saya dan buat kawan dengan orang,” katanya.
Walaupun dia memberi pertolongan tanpa apa-apa niat, dia tetap tak boleh menghalang keinginannya untuk membunuh. Dia menjelaskan yang dirinya seolah-olah ada dua sisi iaitu satu sisi dirinya yang merasakan dia ingin bercakap dengan wanita lain dan merasa bagaimana bercinta dengan wanita lain. Namun ada pula sisinya yang mula berfikiran pelik seperti ‘apa jadi kalau kepalanya diletakkan pada sebatang kayu?’
Jadi pada tahun 1972, Ed kembali mengganas semula di mana dia menumpangkan dua pelajar Fresno State yang berumur 18 tahun iaitu Mary Ann Pesce dan Anita Luchessa sekitar Berkeley, California.
Kemudian, dia membawa kedua-dua wanita itu ke kawasan hutan berhampiran dengan niat untuk merogol mereka. Namun, dia tiba-tiba panik dan membunuh kedua-duanya dengan menikam dan mencekik mereka.
Setelah itu, dia memasukkan mayat mereka dalam bonet kereta dan pandu ke rumahnya di Alameda. Dalam perjalanan, seorang anggota polis telah menahannya kerana lampu belakang kereta rosak, tapi tidak pula memeriksa keretanya. Setiba di rumah, barulah dia merogol kedua-dua mayat itu dan menyembunyikan mayat berkenaan di sekitar kawasan Gunung Loma Prieta.
Sejak itu, Ed sudah ‘terbiasa’ membunuh, bahkan pembunuhan bersiri gadis-gadis inilah yang mencetuskan nama ‘The Co-Ed Killer’ dan dia menjadikan gadis-gadis kolej sebagai sasarannya.
Motif membunuh

Sebenarnya, ibu Ed adalah sasaran sebenar sepanjang masa. Tapi dia tak pernah rasa puas sebab mangsa-mangsanya tidak menunjukkan ciri-ciri yang dia cari, iaitu ibunya sendiri.
Sepanjang tinggal semula bersama ibunya, ia membawa Ed kembali ke zaman kanak-kanaknya. Ed menjelaskan yang dia dan ibunya terlibat dalam satu pertengkaran yang mengerikan, ganas dan kejam. Akhirnya pada suatu malam 20 April 1973, Ed telah membunuh ibunya semasa dia sedang tidur.
Selepas itu, dia melakukan tindakan yang sangat kejam terhadap mayat ibunya serta melepaskan segala kemarahannya pada tubuh ibunya.
Eloklah tu. Sesuai sangat dengan berapa banyak yang dia lepaskan marah, menjerit dan tengking saya sepanjang bertahun-tahun,” katanya.
Lebih buruk lagi, dia siap jemput kawan baik ibunya, Sally Hallet untuk datang ke rumah. Untuk menutupi pembunuhan ibunya, dia bunuh pula wanita itu dan curi keretanya, kononnya dia boleh buat cerita yang ibunya dan rakan sedang bercuti.
Kemudian, dia memandu ke Colorado dan menunggu berita pembunuhan dua wanita itu muncul dalam berita. Namun setelah dia menunggu dan tidak mendapat sebarang berita, Ed akhirnya menghubungi polis dan mengaku segala perbuatannya.
Pada mulanya, pihak polis tidak percaya bahawa Ed melakukan segalanya kerana dia selalu lepak di sebuah bar bernama Jury Room yang terkenal di kalangan pegawai polis. Di situ, dia berkenalan dengan ramai polis tempatan, menjadikan kenalannya memanggilnya ‘Big Ed’. Sebenarnya, Ed saja-saja bergaul dengan polis tempatan hanya untuk menambahkan keseronokan risiko ditangkap.
Namun bila Ed menceritakan perkara-perkara yang hanya diketahui oleh ‘The Co-Ed Killer’, barulah polis mempercayai ceritanya. Apabila ditanya kenapa dia berhenti membunuh dan pilih untuk serah dia, Ed menjelaskan yang ia tidak lagi memberi sebarang tujuan baginya.
Ia tidak memberikan apa-apa tujuan fizikal atau emosi pun. Saya cuma nak bazirkan masa semata-mata je… Dari segi emosi, saya dah tak boleh tanggung lebih lama lagi.
Bila saya fikir balik apa yang saya dah buat, semuanya sia-sia dan saya dah tahap hampir letih dan nak pitam, jadi saya rasa cukuplah tiba masanya untuk hentikan semua ni,” katanya.
Dengan serta-merta, Ed ditangkap dan kemudian disabitkan atas kesalahan lapan tuduhan pembunuhan darjah pertama. Dia juga pernah cuba untuk membunuh diri sebanyak dua kali serta minta hukuman mati, tapi akhirnya dijatuhkan tujuh hukuman penjara seumur hidup secara serentak.
Dalam tempoh artikel ini ditulis, Ed Kemper kini berusia 72 tahun, dikatakan masih hidup dan dipenjarakan di California Medical Facility bersama-sama penjenayah terkenal lain seperti Charles Manson dan Herbert Mullin. Pada tahun-tahun awal di penjara, Ed juga selalu sudi memberi pelbagai temu bual dengan wartawan dan pegawai penguatkuasa undang-undang.
Kini, Ed Kemper bertugas untuk menjadualkan temu janji banduan lain dengan pakar psikiatri dan telah menghabiskan lebih 5,000 jam merakamkan buku audio bagi kisah-kisah seperti Dune dan Star Wars.
Tapi, kalau ditanya kepada orang yang mengenali Ed secara peribadi, mereka meragui Ed benar-benar sudah berubah. Menurut saudara tirinya yang enggan dikenali, dia menjelaskan yang Ed adalah seorang sociopath sejati, menjadikan mustahil untuk Ed berubah menjadi normal.
Kisah ini juga didokumentarikan di Netflix dengan tajuk Mindhunter, di mana ia memberi pandangan mendalam macam mana dia berfikir untuk melakukan jenayahnya.
Sumber: ATI

1 week ago
29






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















