Tidak lama dahulu, tular beberapa dakwaan yang mengatakan isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tidak menyuap anak makan yang kononnya menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan penyanyi tersebut.
Walau bagaimanapun, hari ini, di Threads, Dr Afifah tampil menjelaskan yang dia memilih untuk memberikan pendekatan baby-led weaning atau ‘bayi makan sendiri’ dalam mendidik anak-anak seawal usia 6 bulan.
Saya mula menggalakkan anak kecil saya untuk makan sendiri sejak usia 6 bulan. Bukan kerana saya ingin terburu-buru.
“Tetapi saya percaya sifat berdikari bermula sejak kecil dan hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. Sekurang-kurangnya anak-anak kita tahu cara menjaga diri mereka sendiri,” katanya.
Menurut Dr Afifah, sebelum ini dia juga telah meluangkan banyak masa dengan membuat kajian tentang cara terbaik dalam memberikan permulaan hidup yang baik kepada anak-anaknya.
Dr Afifah juga berseloroh tentang salah faham sesetengah pihak mengenai pendekatannya tidak menyuap anak makan.

Artikel berkaitan: Nubhan Bawa Anak ‘Lepas Rindu’ Dekat Bibik, Ini Respon Dr Afifah
Artikel berkaitan: “Nak jaga emosi anak, jadi saya keluar rumah” – Nubhan Buka Mulut Isu Ada Rumah Lain Yang Tidak Diketahui Isteri
Sifat keibuan tidak semestinya datang secara semula jadi, kadang-kadang ia memerlukan usaha, kesabaran dan kesediaan untuk belajar.
“Akhirnya saya temui keseimbangan antara cara tradisional dan pendekatan moden, dan itu yang sempurna.
“Yang kata Fie tak suap anak tu tau ke teknik ni? Tanya je,” tulisnya.
Terdahulu, kisah rumah tangga Nubhan dan isteri telah menjadi sorotan netizen susulan penyanyi tersebut memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr Afifah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

1 week ago
28































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















