Seorang jemaah haji wanita Malaysia bagi musim 1446H/2025 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Saudi German selepas disahkan menghidap pneumonia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan bahawa Asmah Mansor, 71, tetap berjaya menunaikan ibadah haji walaupun berdepan masalah kesihatan, sekali gus mencerminkan semangat dan ketabahan yang luar biasa.
Artikel berkaitan: Urusan Haji 100% Diuruskan Bumiputera, TH Buat Laporan Polis & SKMM
Artikel berkaitan: Tabung Haji Ingatkan Bakal Jemaah Haji Tahun 2026 Untuk Bersedia Lebih Awal
“Fokus kita adalah untuk memastikan kesihatan beliau pulih sepenuhnya. Beliau dirawat sejak 13 September 2025 akibat pneumonia. Asmah masih memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan ‘ventilator’ berterusan.
Walaupun pihak hospital telah memberikan kebenaran untuk beliau kembali ke Malaysia, kepulangan Asmah memerlukan perancangan dan logistik perubatan yang sangat kompleks dan melibatkan kos tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Menurut Mohd Na’im, kos tinggi itu berpunca daripada keperluan Asmah menggunakan ‘ventilator’ sepanjang masa, termasuk semasa penerbangan, bagi memastikan keadaannya stabil.
Asmah akan terus menjalani rawatan intensif di Makkah sehingga pasukan perubatan menentukan kaedah pemindahan yang paling selamat dan sesuai untuknya.
“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan kesembuhan Asmah.
Tabung Haji dan kerajaan Malaysia akan terus memastikan kebajikan dan rawatan terbaik diberikan sehingga beliau pulih sepenuhnya.
Semoga Allah SWT mengangkat darjatnya di sisi-Nya. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.
Sumber: Al-Hijrah

1 week ago
40































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















