ft aqil

YouTuber Aqil Zulkiflee meluahkan rasa terharu apabila ada netizen berterima kasih kepadanya kerana menjadi penghibur tatkala anaknya sedang bersedih.

Terharu dengan ucapan tersebut, ia menjadi penyuntik semangat buat Aqil untuk terus menghasilkan video hiburan buat kanak-kanak.

Artikel berkaitan : “Yang buruk semua kita. Ibu bapa tak pernah salah” –  Aqil Zulkiflee Bersuara Insiden Roblox

Artikel berkaitan : Tular Video Larian Dengan Tongkat, KBS Akan ‘Sponsor’ Kaki Palsu Untuk Adik Aqil

Seronok dapat gembirakan budak-budak

Difahamkan, ada seorang netizen muat naik satu hantaran mengucapkan terima kasih dan memuji sikapnya yang tidak sombong saat bersua dan bersama anaknya. Jelas individu tersebut, video-video daripada Aqil membuatkan anaknya gembira kerana ayahnya baru sahaja meninggal dunia 3 bulan lepas.

Menyedari ramai penontonnya dari kalangan kanak-kanak, Aqil akan cuba menyelitkan elemen-elemen didikan seperti doa, solat, zikir dan mendengar kata ibu bapa dalam videonya.

“Ye video aku tak sempurna, tapi aku seronok bila dapat gembirakan budak-budak especially yang dah kehilangan orang tersayang.”

Screenshot 2025 11 10 162227

Jelas, Aqil lagi, dia pernah alami pengalaman yang lebih kurang sama apabila seorang ayah anak 3 menangis apabila bertemu dengannya, si bapa itu berterima kasih kepadanya kerana menghiburkan anak-anaknya yang bersedih sejak mereka kehilangan ibunya.

“Ayah dia kata anak-anak tak pernah senyum sejak tu, tapi semua mula senyum & ketawa bila start tengok video-video aku. Lepastu weh anak anak dia pun nangis depan aku ya Allah cakap mak dah takde.”

Screenshot 2025 11 10 163144

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji sikap mulia Aqil dan ada yang menyamakannya dengan Pak Nil (Aznil Hj Nawawi) yang menghiburkan kanak-kanak tersebut.

Bahkan ramai juga yang memberikan sokongan moral buat Aqil agar meneruskan membikin video hiburan buat kanak-kanak.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.