ft edika isteri

Setelah sekian lama ‘menyepi’ pelakon Edika Yusof mencuri tumpuan netizen selepas bintang filem Maria Mariana itu membuat perkongsian detik indah sewaktu menyambut kelahiran isterinya, Nor Hidayah Yusri bersama anak-anak.

Video tersebut disertakan dengan ucapan yang begitu indah dan romantis buat suri hatinya itu sebagai tanda utuhnya rasa cinta terhadap isteri biarpun sudah lebih 2 dekad bersama.

Artikel berkaitan : Bekas Isteri Edika Yusof Dedah Punca Cerai, Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Sejak Awal Perkahwinan

Artikel berkaitan : “Kenapa bukan dari dulu buat laporan?” – Edika Yusof Nafi Kasari Isteri 22 Tahun Lepas

“Selamat hari lahir, sayangku. 22 bersama, saya masih sayang dan cintakan kamu setiap hari. Kamu adalah jiwa dan raga saya, pendorong untuk saya terus ke hadapan.”

“Semoga Allah kurniakan kamu ketenangan, kekuatan dan rahmat yang berpanjangan. Selamanya untuk kamu, Nor Hidayah Yusri.”

Ramai netizen di ruangan komen mendoakan kebahagiaan mereka agar berkekalan hingga ke jannah dan dapat mengharungi dugaan bersama.

Sekadar info, kisah rumah tangga pemilik nama sebenar Mohd Yusof Abd Majid, 58 ini pernah menjadi sorotan apabila isterinya itu memfailkan tuntutan cerai pada Mac lepas. Banyak dakwaan daripada kedua-dua belah pihak sebelum mereka memilih untuk berdamai.

Sumber : Instagram, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.