Satu video tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki warga emas melintas landasan keretapi yang dikatakan berlaku di Kelantan.
Dalam video tersebut lelaki itu menunggi di ruangan sempit di mana ia sangat rapat dengan landasansebelum selamba melintas selepas keretapi lalu dan menuju ke kawasan perumahan yang berhampiran.
Artikel berkaitan : Walaupun Tak Faham, Ramai Netizen Kagum Tengok Wanita Dari Thailand Ini Review KTM
Artikel berkaitan : Tren KTMB Alami Kelewatan Gara-gara Ada Penumpang Sengaja Tarik Brek Kecemasan
Susulan dengan kejaidan tersebut, pihak KTM Berhad tampil memberikan respon menerusi ruangan komen hantaran video tersebut.
Pihak KTMB menegaskan bahawa ia adalah satu tindakan bahaya dan perbuatan larangan yang boleh menyebabkan pelaku didenda.
“KTMB ingin memaklumkan bahawa melintasi atau menceroboh landasan kereta api adalah perbuatan berbahaya dan dilarang di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Ia bukan sahaja boleh dikenakan denda sehingga RM500, malah boleh mengancam nyawa.”
Menjengah ke ruangan komen, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang anggap bahawa pakcik tersebut seperti sudah arifkerana nampak yakin melintasi landasan tersebut.
Apapun, jaga lah keselamatan kita, sebab malang tidak berbau, boleh jadi tanpa diduga.
Sumber : Facebook