Seorang lelaki berusia 50 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah masjid di Butterworth, Pulau Pinang pagi kelmarin ketika sedang beribadah iaitu menunaikan solat sunat Shuha.
Menurut Berita Harian, Allahyarham Zulkifli Ahmad yang juga merupakan pesara Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) sebelum itu telah singgah ke Masjid Jamek Sungai Puyu untuk menunaikan solat Dhuha.
Namun, pesara tentera tersebut dikatakan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10. 45 pagi selepas tiba-tiba rebah.
Artikel Berkaitan: “Pergi berdua, balik seorang” – Suami Meninggal Dunia Di Tanah Suci
Artikel berkaitan: “Seperti menutup kisah cinta mereka” – Jemaah Haji Meninggal Dunia, Sempat Ziarah Kubur Isteri
Difahamkan, ketika kejadian, sebuah program keagamaan sedang diadakan di masjid tersebut dan mangsa yang rebah telah disedari oleh ahli kariah masjid berkenaan.
Pada mulanya, arwah dilihat sujud sangat lama sebelum dia tiba-tiba rebah.
Arwah juga difahamkan aktif menyertai program dengan kumpulan tabligh dan rumah ibadah itu menjadi salah satu masjid yang kerap dikunjungi oleh arwah.
Pemergian arwah menjadi perhatian ramai kerana ramai yang mencemburuinya kerana arwah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang beribadah di masjid.
Sumber: Berita Harian