8trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencetuskan kemarahan ramai selepas menyiarkan gambar yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI), menunjukkan dirinya berpakaian seperti Paus, hanya beberapa hari sebelum perhimpunan kardinal untuk memilih pemimpin baharu Gereja Katolik.

Screenshot 2025 05 04 at 12.37.05 PM

Memetik laporan Harian Metro, Trump, yang bukan penganut Katolik dan jarang menghadiri gereja, memuat naik imej itu di platform Truth Social miliknya Jumaat lalu, kurang seminggu selepas menghadiri pengebumian Pope Francis yang meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Gambar itu menunjukkan beliau duduk di kerusi berhias dengan jubah putih dan tengkolok, serta jari telunjuk kanan diangkat. Siaran tersebut kemudiannya dikongsi semula oleh Rumah Putih di akaun rasmi X.

Tindakan Trump menerima kritikan keras, termasuk daripada kumpulan Republikan yang menyifatkan siaran itu sebagai “penghinaan terang-terangan terhadap umat Katolik dan kepercayaan mereka.”

Screenshot 2025 05 04 at 12.37.45 PM

Antara tokoh yang turut menyuarakan kebimbangan ialah bekas Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi yang menyifatkan gambar itu sebagai “menyinggung perasaan penganut beriman dan menghina institusi.”

Biskop Katolik New York turut menyatakan rasa kecewa mereka terhadap siaran tersebut dengan berkata “kami baru sahaja mengebumikan Paus Francis yang dikasihi, jangan mengejek kami.”

Terdahulu, Trump berseloroh bahawa beliau akan memilih dirinya sendiri sebagai paus, namun kemudian menyebut nama Kardinal Timothy Dolan dari New York sebagai antara calon “sangat baik.” Walau bagaimanapun, Dolan tidak termasuk dalam senarai pendek pesaing untuk jawatan tertinggi itu, sebaliknya Kardinal Joseph Tobin dari Newark dikatakan dalam pertimbangan.

Setakat ini, belum pernah ada seorang Paus berasal dari Amerika Syarikat.

Baca: Tidak Seperti Februari Lalu, Pertemuan Presiden Ukraine & Trump Kali Ini Lebih Tenang

Screenshot 2025 05 04 at 12.39.30 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.