enot nafi jalin hubungan sejenis

Nama Enot kembali menjadi perhatian susulan tular dakwaan pelakon itu menjalinkan hubungan sejenis dengan wanita yang dikenali sebagai Zack.

Memetik sumber Hib Glam, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, menyatakan bahawa dia sudah lali dengan segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

“Bila saya kurus orang cakap saya buat pembedahan bariatrik. Sedangnya saya jaga pemakanan saya. Kemudian, mereka fitnah pula saya ‘berkahwin’ dengan teman saya iaitu Zack. Itu paling kurang ajar,” katanya.

Pelakon berusia 47 tahun itu menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan bahawa dia masih tahu mengenai hukum agama.

“Saya kenal dengan Zack sejak 30 tahun lalu. Saya dulu sekolah convent. Kehidupan saya memang dikelilingi oleh pelbagai jenis wanita,” katanya.

Artikel berkaitan: “Cantik betul!” – Penampilan terbaru Enot Buat Ramai Terkedu, Semua Nak Jadikan Inspirasi!

Artikel berkaitan: “Doakan baik-baik” -Terima Teddy Bear Besar Dari ‘Mr. Secret’, Enot Tunjuk Bukti Ada Teman Lelaki?

enot zack

Dalam pada itu, Enot berkata jika benar dakwaan mengatakan dirinya menjalinkan hubungan sejenis, dia tidak akan berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini.

“Saya buat konten dengan Zack sekadar suka-suka. Kalau ada terpegang pun, kami sama-sama perempuan. Bukan haram pun. Kau nak tengok aku pegang, berpeluk dengan jantan ke? Itu lagi haram.

“Ada yang cakap kenapa saya tak cari lelaki? Saya dah pernah kahwin sebanyak dua kali. Hanya Allah sahaja tahu apa yang saya lalui,” jelasnya.

Sementara itu, Enot juga berharap agar masyarakat tidak menghukum Zack kerana percaya setiap manusia pasti akan berubah satu masa nanti.

“Kami hanya manusia biasa yang turut mempunyai keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.

“Allah pandang pada pengakhiran seseorang itu bukan pada awalnya. Yang mengata lebih-lebih silap hari bulan aku ke syurga anda yang ke neraka,” ujarnya.

Terdahulu, nama Enot kembali menjadi sebutan disebabkan sering dilihat bersiaran langsung dalam media sosial bersama rakannya yang bernama Zack.

Sumber: Hib Glam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.