syaz ft 2025 06 30T163708.034

Kebelakangan ini, banyak kes jenayah tidak masuk akal berlaku, terbaru seorang duda berusia 50 tahun melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak 6 tahun.

Tertuduh yang merupakan pembantu kedai makan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak majikannya berusia enam tahun, dua minggu lalu.

Artikel berkaitan: Mangsa Amang Seksual Adalah Peminat Artis Popular Itu – Polis

Artikel berkaitan: Penuntut Uni 20 Tahun Ditahan Miliki 5,000 Bahan L*cah Kanak-kanak, Sepupu Sendiri Jadi Mangsa

Mahfuz Mahmud, 50, yang merupakan seorang duda lima anak itu membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Menurut laporan Kosmo! perkara jijik itu dilakukan kira-kira pukul 11.25 pagi di sebuah rumah di Batu 3, Kampung Duyong dalam daerah Melaka Tengah pada 21 Jun 2025.

cats 10

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dalam laporan yang difahamkan, sebelum kejadian tertuduh yang membantu bapa mangsa berniaga di hadapan kediaman keluarga itu memberitahu dia merasa dahaga dan mahu masuk ke dalam rumah untuk minum air.

Tertuduh kemudiannya bertindak mengunci pintu rumah dan tindakan itu disedari oleh bapa mangsa.

Kerana curiga dengan tingkah laku tertuduh, bapa mangsa kemudiannya memeriksa keadaan menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dari telefon bimbitnya dan terkejut melihat perbuatan lelaki itu terhadap anaknya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan menyara ibunya serta lima orang anak.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.