Sejak dari semalam, hangat diperkatakan mengenai tularnya tangkap layar mesej hubungan terlarang di antara seorang guru wanita dan lelaki yang dikenali sebagai ‘CCTV & Wiring’ di Facebook.
Diringkaskan cerita, kedua-duanya berstatus suami dan isteri orang serta menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.
Isteri kepada lelaki berkenaan didakwa telah menularkan mesej perbualan pasangan skandal ini yang mengandungi perbualan lucah mereka dan didakwa telah melakukan hubungan di luar tabii.
Tak cukup dengan itu, tular pula satu rakaman berdurasi satu minit di aplikasi TikTok yang memaparkan guru berkenaan yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang tersebut. Guru itu juga dilihat telah membuat permohonan maaf dan merayu agar diberikan peluang kedua.
Artikel berkaitan: Mahkamah Buktikan Isteri Baim Wong Berlaku Curang, Tolak Tuntutan Nafkah RM366,000
Artikel berkaitan: Tular Suami ‘Prank’ Curang, Netizen Kongsi Pernah ‘Handle’ Kes Isteri Maut Kemalangan Akibat ‘Prank’
Kes curang dapat perhatian peguam Nor Zabetha
Disebabkan kes ini menjadi perbualan hangat netizen, peguam Nor Zabetha memberi pandangannya mengenai isu tersebut yang dianggap tidak wajar untuk ditularkan.
Menurutnya, segala mesej kelucahan dan video konfrontasi yang dimuat boleh diambil tindakan undang-undang yang mana akan memberi kesan tidak baik kepada isteri yang telah dianiaya tersebut.
“Dalam situasi kes sedang tular ini, segala mesej kelucahan di muatnaik, video konfrontasi dengan cikgu di muatnaik dan ditularkan semuanya difokuskan tentang cikgu ini. Sikit sangat fokus pada si suami.
“Apa yang telah dilondehkan oleh pasangan ini sewaktu mereka curang antara mereka dalam whatsapp, sekarang dilondehkan di khalayak ramai untuk tontonan kita semua. Seperti didedahkan segala aib sehingga tiada seurat benang pun yang tinggal untuk tatapan kita semua.
“Kalau di mahkamah, kumpulan yang konfrontasi dan memuatnaik video dan segala mesej kelucahan ini memang boleh diambil tindakan. Sama ada bawah kesalahan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuatnaik kandungan yang jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menganiaya dan menyakitkan hati orang lain,” jelasnya.
Menurutnya lagi, walaupun si cikgu dan suami kepada wanita itu bersalah, ia tidak memberi lesen untuk mangsa melakukan kesalahan lain kerana undang-undang ada salurannya.
Adakah tindakan menularkan kes disondol dan menyondol dalam kes ini dengan cara menularkan isi kandungan mesej yang berbentuk kelucahan dan memuatnaik video konfrontasi ini kalian rasakan betul?
“Selayaknya wanita ini diadili begini? Dia memang perlu dimalukan pada umum seperti ini kerana kesalahannya? Adakah memang kes-kes melibatkan aib keluarga ini, wajar disajikan kepada umum untuk menghukum pihak tertentu?” katanya yang meminta agar para netizen berkongsi pandangan mereka mengenai isu tersebut.
Baca posting penuh di bawah.
Apa pendapat anda mengenai isu ini? Wajarkah isu curang ditularkan di media sosial?