“Boleh jadi Luffy” – Jangan Lepaskan Peluang, One Piece Asia Hunt Tiba Di Malaysia!

1 day ago 8

Perhatian semua peminat One Piece, ini berita yang paling korang tunggu-tunggu! Malaysia dah dipilih sebagai lokasi pertama untuk One Piece Asia Hunt! Ia merupakan satu pengalaman memburu harta karun secara interaktif yang belum pernah dibuat sebelum ini.

Kalau korang nak rasa sendiri dunia One Piece macam yang korang selalu tengok tu, inilah masanya. Dari cabaran fizikal hingga teka-teki misteri, peluang korang untuk jadi macam Luffy dan krew Straw Hat dah tiba!

Dari 10 Mei hingga 10 Jun 2025, SplashMania Waterpark di Gamuda Cove, Selangor akan menjadi medan tempur untuk peminat One Piece yang berani sahut cabaran. Jom tengok apa yang ada dekat sana!

Apa itu One Piece Asia Hunt?

OP HUNT KV OP V8 1080px x

One Piece Asia Hunt merupakan acara memburu harta karun yang julung-julung kali dibuat di Asia tau! Lagi best, Malaysia telah terpilih untuk menjadi destinasi pertama untuk merasai sendiri dunia One Piece kegemaran korang!

Menjadi sebahagian daripada dunia One Piece, korang akan mengembara melalui 10 zon yang penuh dengan cabaran yang akan menguji kehebatan korang sebagai seorang lanun! Bermula di East Blue, tempat Luffy berlayar untuk pertama kali, korang akan melalui setiap zon sambil dibimbing dengan bantuan Log Pose yang berfungsi sebagai kompas digital untuk menyelesaikan teka-teki, cabaran fizikal dan banyak lagi!

map

Setiap zon adalah berbeza dan menawarkan pengalaman yang unik. Bermula dengan cabaran trivia, yang pasti akan menguji pengetahuan korang tentang One Piece. Korang kena jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan cerita, watak-watak, dan momen epik dalam dunia One Piece. Tapi jangan terkejut kalau ada cabaran fizikal yang akan buat korang rasa macam Luffy sendiri! Bersaing dengan masa dan gunakan skil pemerhatian yang tajam. Siapa cepat, dia dapat!

Selain itu, korang juga akan dapat cabaran yang melibatkan teknologi dan dunia digital. Korang perlu melengkapkan tugas dalam dunia maya dan juga cabaran fizikal untuk membuka zon baru. Setiap langkah yang korang ambil akan membawa korang lebih dekat kepada harta karun sebenar. Dan siapa tahu, ada bonus tersembunyi menanti di sepanjang perjalanan! Korang juga berpeluang untuk menemui pelbagai elemen misteri daripada dunia One Piece yang selama ini hanya korang lihat dalam anime!

Hunt Kit Eksklusif Untuk Peralatan Lanun Korang!

Setiap tiket yang korang beli akan datang bersama dengan Hunt Kit eksklusif yang akan bantu korang dalam pencarian harta karun ni. Dalam kit tu, korang akan dapat t-shirt One Piece dengan pilihan karakter Straw Hat Crew yang legend, pelindung telefon kalis air untuk peserta dewasa bagi memastikan Vivre Card korang (telefon) selamat, dan juga Malaysia Edition Finisher Medal yang  hanya boleh dapat kalau berjaya menamatkan cabaran ini!

starter

Tapi kalau korang nak lebih lagi, ada pilihan untuk upgrade ke Pro Hunt Kit! Dengan Pro Hunt Kit, korang akan dapat beg kalis air eksklusif untuk membawa barang-barang penting sepanjang cabaran, tuala khas One Piece, dan juga Omamori – charm yang dipercayai memberi tuah kepada pemiliknya. Omamori ni adalah sesuatu yang amat istimewa, dan hanya mereka yang berani dan bertuah je akan mendapatkannya. Ini baru betul-betul jadi lanun sejati!

premium 1

Selain itu, korang juga berpeluang untuk membeli merchandise eksklusif One Piece yang tak boleh didapati di tempat lain. Dapatkan koleksi Luffy Gear 5, barang-barang khas dari One Piece, dan koleksi edisi terhad hanya untuk One Piece Asia Hunt!

Cepat beli tiket sekarang!

Tiket untuk One Piece Asia Hunt dah boleh dibeli sekarang! Jangan tunggu lama-lama sebab tiket ni ada pakej eksklusif dan tawaran terhad. Kalau korang nak dapatkan tiket dan maklumat lanjut, layari Tiket One Piece Asia Hunt.

0 41956 AWSS343539e89 b844 4db2 9037 22dad82ed30f h2XN

Tarikh: 10 Mei 2025 – 10 Jun 2025 (kecuali pada 14, 21, dan 28 Mei)
Tempat: SplashMania Waterpark, Gamuda Cove, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 10:00 AM – 6:00 PM

Kenapa Korang Kena Join One Piece Asia Hunt?

  • Rasai Pengalaman One Piece Sejati – Ini bukan hanya sekadar menonton anime! Korang boleh rasa sendiri pengalaman jadi lanun dengan cabaran-cabaran yang sangat mencabar dan menyeronokkan.
  • Sertai Komuniti NAKAMA – One Piece Asia Hunt bukan hanya tentang cabaran, tapi juga peluang untuk berjumpa dengan peminat One Piece dari seluruh Asia. Korang boleh berkongsi pengalaman dan berkenalan dengan kawan baru yang ada minat yang sama!
  • Hadiah Menarik Menanti – Bagi yang berjaya menamatkan cabaran, banyak hadiah menarik yang menanti! Top 50 peserta akan menerima hadiah menarik dari dunia One Piece!
  • Pengalaman Tak Boleh Dilupakan – One Piece Asia Hunt bukan sekadar acara biasa, ia adalah pengalaman yang akan memberi korang kenangan yang tak boleh dilupakan. Jadi, jangan tunggu lagi, sertai One Piece Asia Hunt dan rasai sendiri cabaran epik ni!

Apa tunggu lagi? Jom berlayar ke Grand Line dan mulakan pencarian harta karun korang di One Piece Asia Hunt! Siapa tahu, mungkin Luffy sendiri akan panggil korang untuk bergabung dengan team dia?

Nak Tahu Lebih Lanjut? Jom Kunjungi:

🔗 Website

🔗 Facebook

🔗 Instagram

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |