Ibu & Anak Ditemui Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci, Kali Terakhir Ditemui Pada Mei

5 hours ago 3

Petang semalam (Isnin), pihak berkuasa telah menemukan seorang ibu dan anaknya didapati meninggal dunia dalam sebuah unit pangsapuri dekat Bukit Gambir, Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut sumber, polis telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.41 petang yang memaklumkan terhidu bau busuk dari salah sebuah unit pangsapuri berkenaan.

Katanya, sepasukan polis tiba di lokasi kejadian namun terpaksa memohon bantuan daripada pihak bomba untuk memecah masuk rumah tersebut kerana pintunya berkunci.

514760936 1216678303833606 7863672270699572945 n

Selepas pintu rumah berjaya dipecahkan, polis menemui seorang wanita dan anaknya yang masih kecil telah meninggal dunia.

Artikel berkaitan: Guru Tuisyen Ditemui Maut Di Sebuah Rumah Kedai

Artikel berkaitan: Pelajar Maut Terjatuh Tingkat Empat Bangunan Sekolah, Polis Ambil Keterangan Saksi

Mangsa kali terakhir ditemui pada Mei lepas 

Menurut laporan, mayat wanita berkenaan yang berusia 40 tahun dan anaknya yang berumur dua tahun telah ditemui reput dalam unit pangsapuri berkenaan.

Adik wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Nor berkata, kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya adalah pada bulan Mei lalu.

Kakaknya dan anak saudara tinggal di pangsapuri itu selepas bercerai dengan bekas suami dan dikatakan tidak bekerja.

3184655

Kali terakhir saya jumpa kakak ialah pada hujung Mei lalu,” katanya.

Dalam pada itu, jiran mangsa yang tinggal di aras yang sama menyangka wanita tersebut sudah berpindah kerana tidak mendengar sebarang bunyi dari rumah tersebut.

Sebelum ini dia maklumkan mahu pindah dan pernah nampak dia bawa barang seperti mahu pindah.

 “Dia mengaku rumah itu bakal dilelong dan dan mahu berpindah ke Seberang Perai dan selepas itu kami sudah tidak nampak dia,” kata jiran yang juga mendakwa kali terakhir melihat mangsa pada Mei lepas.

Kes diklasifikasi mati mengejut 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat awam yang membawa kepada penemuan mayat tersebut pada jam 4.41 petang selepas jiran menghidu bau busuk.

Pemeriksaan lanjut menemukan mayat wanita dan kanak-kanak itu di bilik utama dalam keadaan reput.

“Dokumen pengenalan si mati mendapati kedua-duanya berusia 40 dan dua tahun serta dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak,” katanya kepada media.

514120917 1216678533833583 300232811548298083 n

Menurut Abdul Rozak, Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang turut dipanggil bagi membantu siasatan di tempat kejadian.

Jasad dua beranak itu dihantar ke HPP dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya lagi.

Selain itu, difahamkan turut ditemui dalam rumah itu beberapa jenis ubat yang dipercayai digunakan bagi merawat individu yang mengalami tekanan perasaan.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |