Acara larian ikonik Kuala Lumpur City Day Half Marathon kembali lagi untuk tahun ke-9! Kali ni, penganjur nak bagi pengalaman yang lagi menarik, lagi meriah dan pastinya mencabar. Kalau tahun lepas korang terlepas, tahun ni jangan buat silap yang sama.
Berlangsung pada 4 Mei 2025, larian ini bakal menghimpunkan lebih 12,000 pelari dari pelbagai latar belakang. Lebih menarik, pelari dari luar negara pun akan turut serta sekaligus menjadikan event ni antara yang paling happening tahun ni.
Dari Dataran Merdeka Ke Bukit Tunku – Laluan ikonik & mencabar
Acara akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, dengan berlatar belakangkan bangunan Sultan Abdul Samad yang penuh sejarah. Tapi korang jangan ingat laluan dia biasa-biasa je tau, peserta akan berlari melalui beberapa kawasan paling ikonik dalam KL termasuk Bukit Tunku yang terkenal dengan selekoh berbukit dan cabaran fizikalnya.
Kalau korang memang jenis suka uji diri, ini tempat dan masa yang sesuai. Lagi best, korang dapat lari dalam suasana kota yang sunyi dari kenderaan.
Empat kategori untuk semua – Termasuk OKU
Acara tahun ni terbuka untuk semua peringkat umur dan latar belakang. Dari beginner sampai atlet, daripada pelari solo sampailah ke family runner. Ada empat kategori utama:
- Half Marathon (21KM) – Terbahagi kepada Terbuka Antarabangsa & Terbuka Malaysia
- 10KM Race
- 5KM Fun Run
- 3KM Fun Run
Waktu flag-off pula:
- 21KM – 4.00 pagi
- 10KM – 5.45 pagi
- 5KM – 7.15 pagi
- 3KM – 7.30 pagi
Acara ni juga inklusif untuk OKU, seiring dengan kempen “Sukan Untuk Semua” oleh kerajaan. Tak kisah umur, latar belakang atau tahap kecergasan korang, semua orang boleh join!
Goodies: Milo, Red Bull, Mamee & banyak lagi
Setiap peserta yang berjaya tamatkan larian akan bawa balik beg cenderamata eksklusif dan bukan kosong tau! Antara penaja yang akan bagi goodies termasuklah:
- Nestlé Milo
- Red Bull Malaysia
- 100PLUS
- Mamee
- Fruit Plus
- Cap Kelapa Laut
- Fitbar
- Norigo
- N8 Energy Gel
Penganjuran kali ini turut disokong oleh jenama-jenama besar seperti TBM Electrical Store Malaysia serta Electrolux, LG, Panasonic, Samsung, Sharp dan Philips.
Jom sertai KL City Day Half Marathon
Jadi kalau korang tengah fikir nak daftar… teruskan je. Badan korang mungkin ‘merungut’ masa lari nanti, tapi lepas tu confirm rasa puas hati.
Bukan je dapat peluh dan pengalaman baru, korang juga boleh bawa balik macam-macam goodies dan memori best yang takkan dapat kat tempat lain.
Daftar untuk KL City Day Half Marathon 2025 yang akan berlangsung pada 4 Mei 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur di sini.