suspek berniat jahat kes bunuh penuntut universiti

Kematian pelajar jurusan fisioterapi di sebuah universiti swasta di Cyberjaya akibat dibunuh dalam kediamannya pada 24 Jun lalu mencetuskan kesedihan dan kemarahan orang ramai.

Susulan insiden pembunuhan Maniishapriet Kaur Akhara, 20, tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan direman tujuh hari sehingga 3 Julai ini bagi membantu siasatan.

Suspek utama ada niat jahat

Dalam perkembangan terbaharu, polis mendedahkan salah seorang daripada tiga suspek dikatakan mempunyai niat tidak baik terhadap mangsa.

Artikel berkaitan: Mangsa Kes B*nuh Di Cyberjaya Mungkin Kenali Suspek – Polis

Artikel berkaitan: Suspek Kes B*nuh Penuntut Uni Di Cyberjaya Guna Kad ATM Mangsa Untuk Keluarkan Duit

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek terbabit dipercayai merupakan teman lelaki kepada salah seorang daripada dua suspek perempuan yang ditahan.

“Siasatan mendapati suspek beberapa kali pernah menginap di unit kondominium berkenaan bersama teman wanitanya.

“Kad akses dan kunci premis diserahkan sendiri oleh teman wanitanya, polis juga tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai niat jahat terhadap mangsa.

“Ketika kejadian berlaku, mangsa tinggal bersendirian disebabkan rakan serumahnya pulang ke kampung ketika cuti semester,” katanya.

HM32706susp 1750991508

Beliau berkata, polis mendapati kes ini lebih kepada suspek mengambil kesempatan ke atas mangsa tinggal bersendirian di kondominium itu.

“Siasatan mendapati suspek ada niat tidak baik kepada mangsa, bila ada peluang, suspek guna kad akses diberikan teman wanitanya untuk masuk ke premis.

“Suspek kemudian dipercayai memukul mangsa menggunakan objek sehingga mengakibatkan kecederaan yang menjadi punca kematian,” katanya.

Malah, suspek turut bertindak melupus barangan dan membuang telefon pintar, komputer riba, kunci dan kad akses milik mangsa.

Tambahnya, laporan patologi tidak menunjukkan sebarang tanda rogol pada tubuh badan mangsa. Namun, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sebarang aktiviti atau perlakuan berkenaan terhadap mangsa.

Menurut laporan, polis masih lagi menyiasat motif di sebalik pembunuhan kejam ini.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.