naim daniel muncul seni berdamai dengan takdir

Pada 17 Jun lalu, dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi berbakat besar, Naim Daniel telah dituduh melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen, Putrajaya.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Na’im Daniel Bahrin walau bagaimanapun telah mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut dan mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

NAIM DANIEL sumpah 1750132319

Artikel berkaitan: Timbul Spekulasi Naim Daniel Pegang Watak Tiong Man, Ini Kata Penerbit ‘Keluang Man’

Artikel berkaitan: Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Amang Seksual, Bayar Ikat Jamin RM12,000

Naim Daniel muncul buat persembahan konsert 

Di sebalik kes amang seksual yang dihadapinya, Naim Daniel baru-baru ini dilihat muncul membuat persembahan di malam XO Concerts 3.0 School of Galau yang menarik perhatian ramai.

Dalam video yang tular, Naim dilihat dipakaikan baju graduasi mengikut tema konsert dan menyanyikan lagu terbaharunya iaitu Seni Berdamai Dengan Takdir bersama beberapa rakan artis seperti Iman Troye dan Zubir Khan.

@iamahmad.abd

First live lagu Seni Berdamai Dengan Takdir @Naim Daniel @XO House #schoolofgalau #naimdaniel #naimdanielx #seniberdamaidengantakdir #xohouse

♬ Seni Berdamai Dengan Takdir – Chorus – Naim Daniel & Adnin Roslan

Sungguhpun berdepan dengan kes amang seksual berkenaan, rata-rata netizen di ruang komen dilihat tampil memberi sokongan buat Naim dan ada yang mengatakan mereka tetap menyokong karya-karya yang dihasilkan penyanyi itu meskipun terpalit dengan isu jenayah.

support 1 down

Dalam pada itu, ada juga mempersoal bagaimana seseorang yang terpalit dengan kes amang seksual masih dibenarkan untuk membuat persembahan.

kecam 1 down

Apa-apapun kita serahkan sajalah kes berkaitan Naim ini kepada pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman. 

Sumber: TikTok

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.