Demi ingin menurutkan kehendak teman lelakinya, seorang wanita tergamak membiarkan anak gadisnya yang berumur 13 tahun dirogol oleh kekasihnya sendiri tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tindakan wanita terbabit diperoleh berdasarkan siasatan polis.
Artikel berkaitan : Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol
Artikel berkaitan : Hukuman Anak Datuk Dikekalkan, Ini Kes Rogol & Bunuh Chee Gaik Yap Yang Pernah Gemparkan Negara Tahun 2006
“Setakat ini, seramai lima individu sudah diambil keterangan termasuk suspek lelaki dan ibu mangsa.”
“Namun, bagi rakaman keterangan mangsa berusia 13 tahun yang masih bersekolah itu dijadualkan esok di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC).”
Semalam, seorang warga emas telah ditahan bersama teman wanitanya kerana disyaki merogol anak wanita itu yang berusia 13 tahun, tahun lepas.
Mohd Azam dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati kejadian rogol itu disaksikan oleh ibu kandung mangsa sendiri.
Mangsa dikatakan melarikan diri dan melaporkan kepada polis selepas mendapat tahu perbualan antara ibunya yang mahu berjumpa dengan lelaki itu di hotel.
Disebabkan itu, polis menahan lelaki berusia 61 tahun dan juga ibu mangsa yang berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, pada Jumaat lepas.
Sumber : Berita Harian