Semalam, kita dikejutkan dengan berita berkenaan kejadian di Pulau Perhentian di mana tiga orang dilaporkan maut dengan seorang kritikal dan sembilan lagi cedera apabila bot terbalik di tengah laut.
Menurut laporan polis, kejadian berlaku ketika ribut, hujan lebat dan laut bergelora yang menyebabkan bot yang membawa 15 orang penumpang berusia di antara 3 hingga 40 tahun terbalik dan karam.
Artikel berkaitan: “Dipercayai berlaku ketika kejadian ribut” – Bot Terbalik Di Pulau Perhentian, 3 Mangsa Maut
Tular rakaman video laut bergelora di pulau-pulau lain
Selain berita semalam, di media sosial juga tular beberapa video memaparkan situasi cemas yang dialami pelancong ketika berada di dalam bot saat laut bergelora dekat pulau-pulau lain di Malaysia.
Salah satu video memaparkan situasi laut di Pulau Tioman yang sangat mengerikan apabila ombak besar dilihat memukul beberapa bot-bot kecil di tengah laut ketika ribut dan hujan lebat.
Kelihatan juga pemandu bot bertungkus lumus cuba mengawal bot berkenaan dengan sebaik mungkin dan menjaga keselamatan penumpang di dalamnya.
@alandivecovesemoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T🤲🏻
♬ سورة الملك كاملة – آيـات قـرآنيـة
Dalam satu video lain yang dikongsikan pengguna TikTok, kelihatan situasi yang serupa dialami seorang pelancong di Pulau Redang apabila perjalanan pulang mereka ke Jeti Merang dihadangi ombak kuat sehingga bot yang dinaiki melambung-lambung di atas air.
Pemandu bot juga dikatakan cuba memandu bot selaju mungkin untuk sampai ke destinasi, namun terpaksa memperlahankan pemanduan apabila mereka harus melalui ribut di tengah laut.
@leoooooooomamaAda org kena masa nak pergi. Kita org masa nak balik. Alhamdulillah semua slmt. Allah bg rasa mcm mn jd org laut. Cuaca skrng mmg x menentu. #fyppppppppppppppppppppppp #pulauredang #ribut
♬ original sound – Leoooooooomama – Leoooooooomama
Ada orang kena masa nak pergi. Kita orang masa nak balik. Alhamdulillah semua selamat. Allah bagi rasa macam mana jadi orang laut. Cuaca sekarang memang tak menentu,” katanya di kapsyen.
Video-video berkenaan mendapat komen pelbagai daripada netizen yang risau akan keselamatan pelancong dan ada juga yang terfikir untuk membatalkan percutian pada bulan hadapan kerana bimbang berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk.
Apa-apapun ramai juga yang mengingatkan agar para penumpang bot untuk sentiasa mengikuti langkah-langkah keselamatan dengan memakai jaket keselamatan pada setiap masa.
Risau tengok ombak kuat macam tu… Moga tiada lagi kejadian tak diingini berlaku.
Sumber: TikTok (1), (2)
Sumber: BH