ft menteri agama tegur

Sebelum ini, ibu kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lepas ada menegaskan kepada orang ramai yang ingin menziarahi pusara anaknya. Ini kerana, Kamariah Abdul Latif mendakwa ada yang ambil kesempatan melakukan perbuatan syirik dan khurafat.

Menurut Kamariah, ada yang datang untuk ambil tanah dan cium batu nisan di pusara anaknya yang dikatakan ada tujuan tertentu. Disebabkan itu, Kamriah sekeluarga terpaksa memasang tali penghadang di pusara anaknya yang terletak di tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Terengganu itu.

Artikel berkaitan : “Umur bau tanah kubur” – Pemuda Diganggu Pakcik Dalam LRT, Ajak Buat Perkara Tak Senonoh

Artikel berkaitan : Taktik Baru Simpan Rokok Seludup Di Tanah Perkuburan Berjaya Dikesan Kastam

Kelakuan aneh pengunjung itu telah mendapat perhatian daripada Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar dan memberi teguran kepada orang awam yang melakukan perbuatan khurafat dan syirik itu.

“Islam mengajar umatnya agar menjaga adab terhadap orang yang telah meninggal dunia serta menghormati kawasan perkuburan. Tanah kubur bukan tempat mencari keberkatan mahupun populariti.”

“Sebaliknya, kita digalakkan untuk menziarahi kubur sebagai peringatan terhadap kematian, menambah keinsafan, dan mendoakan kesejahteraan roh si mati – bukan untuk tujuan-tujuan yang boleh membawa kepada syirik atau khurafat.”

Beliau turut menyokong tindakan kelaurga arwah yang tegas namun berhemah dalam menangani isu ini, selain daripada usaha pihak berkuasa agama yang memantau kawasan perkuburan. Katanya, ia selari dengan usaha berterusan pihak kerajaan dalam membanteras amalan khurafat dan memperkukuh akidah umat Islam di negara ini.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.