syaz ft 2025 06 30T120059.102

Malang tidak berbau apabila seorang lelaki tempatan maut selepas bergaduh dengan rakan sekerjanya di premis besi buruk di Jalan 1/18B, Kampung Batu Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada pemilik premis tersebut menerusi panggilan kecemasan MERS 999 sekitar jam 11.33 malam.

Artikel berkaitan: Warga Emas Ma*t Dipuk*l Dengan Cota Besi Gara-gara Tegur Remaja Main Motor

Artikel berkaitan: Bergaduh Sebab Ungkit Kisah Lama Punca Suami Kel*r Isteri

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku antara mangsa yang berusia 37 tahun dan suspek, seorang lelaki warga Myanmar, yang juga pekerja di premis berkenaan.

Kedua-dua mereka dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian,” katanya.

Difahamkan, pasukan Unit Forensik IPK Kuala Lumpur serta Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman telah dikerah ke lokasi kejadian selepas panggilan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati mangsa tidak berbaju dan memegang sebilah parang di tangan kirinya. Mangsa juga mengalami kecederaan parah termasuk pada bahu kanan, kepala kiri, leher, dagu kiri serta terdapat kesan tikaman pada bahu,” ujarnya.

Dalam pada itu, premis tersebut turut dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV) dan usaha mendapatkan serta meneliti rakaman sedang dijalankan bagi membantu siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.