ft damian saiful

Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail menegur bekas peserta Malaysian Idol, Saiful selepas videonya terbaharu tular kerana tampil dengan berpenampilan sebagai seorang wanita.

Menerusi laman thread, Damian menegaskan bahawa orang ramai mendoakan agar dirinya mendapat hidayah daripada terus menukar diri daripada jantina asal.

Artikel berkaitan : “Itu adalah saya” – Tular Gambar Ditahan Polis, Saiful Apek Dedah Punca

Artikel berkaitan : “Pernah beritahu balik sebelum Aidilfitri tapi” – Saiful Apek Dedah Yassin Bakal Pulang Dalam Masa Terdekat

“Orang doakan ko utk dapat Hidayah bukan utk ko terus jadi Hidayah. Nak pakai baju perempuan ke, nak pakai baju zirafah ke, Spiderman ke, itu kau buat diam2 antara kamu dan Allah.”

Berkenaan dengan kenyataan Saiful yang mengatakan dia tidak mahu jadi hipokrit, perkara itu ditepis oleh Damian.

Screenshot 2025 07 01 161512

“Hipokrit sebenar adalah apabila anda yang tak boleh terima anda dilahirkan sebagai lelaki tapi nak cuba jadi perempuan. Semoga kembalilah ke pangkal jalan.”

Sebelum ini, Saiful Bakeri ada tampil memberikan kenyataan berhubung dengan video tularnya itu, katanya, dia akui sudah lama memiliki naluri wanita sejak menyertai program realiti Malaysian Idol lagi.

Screenshot 2025 07 01 161740

“Biarlah saya berterus terang, sebelum saya sertai Malaysian Idol lagi, naluri saya memangd ah lama macam ni. Saya tak mahu menjadi hipokrit dan menipu satu Malaysia, lambat laun orang akan tahu.”

“Lagipun saya tak kacau hidup orang lain dan paling penting saya pandai jaga diri sendiri.”

Jelas Saiful lagi, video yang kini sedang tular mennyanyikan lagu popualrnya Ku Juga Mencintai Dirimu itu adalah video lama. ketika itu, rakannya meminta dia menyanyikan lagu tersebut.

Sumber : Thread, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.