Sudah menjadi lumrah bagi mereka yang berpasangan, ada hari bergelak ketawa dan ada hari pula bergaduh serta bermasam muka.
Namun yang tak bestnya apabila pasangan terbawa-bawa emosi marah ketika bergaduh sehingga sanggup meninggalkan teman wanita atau pasangan di tepi jalan akibat perselisihan faham.
Menerusi satu perkongsian di X, seorang wanita berkongsi screenshot dari aplikasi Thread memaparkan seorang gadis berkongsi kisahnya ditinggalkan tunang di sebuah stesen minyak di Seremban selepas berselisih faham.
Menurut gadis itu, dia menemani tunangnya untuk satu acara larian di Seremban sebelum mereka berselisih faham dan tunangnya mengambil keputusan meninggalkannya di sebuah stesen minyak dan pulang ke Kuala Lumpur.
I terkontang-kanting cari Grab untuk balik dan kena bayar RM150++ untuk Grab. Bateri phone dah nak habis. Dengan tak sihat badan, I menangis sampai nak sesak nafas. I tak mampu telefon parents I sebab abah I tengah tak sihat,” tulisnya.
Tambah gadis ini lagi, meskipun sudah ditinggalkan, dia masih berharap tunangnya akan berpatah balik untuk mengambilnya pulang, namun lelaki itu langsung tidak mempedulikannya.
Malah ketika dia merayu di telefon untuk mengambilnya pulang kerana berasa tidak sihat, lelaki itu memaki hamunnya pula kerana sudah jauh di atas jalan.
Kalau abah tahu anak perempuan yang dia jaga sebaiknya kena layan macam sampah. Dimaki, dicaci, dihina. Dibuang macam tiada harga diri, mesti abah sedihkan,” tulisnya lagi.
Artikel berkaitan: Gadis Dibuang Keluarga, Ditinggal Kekasih Terpaksa Bersalin Tepi Jalan Kerana Hospital Tidak Mahu Merawat
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ditinggal Kekasih Saat Akhir, Lelaki Bakar Duit Hantaran & Pergi Honeymoon Sorang Diri
“Tak kisahlah gaduh macam mana, awak sepatutnya mementingkan keselamatan wanita”
Perkongsian kisah itu telah menerima pelbagai komen di X yang mana ramai netizen mengecam sikap lelaki berkenaan sebagai ‘red flag’ dan tidak mementingkan keselamatan seorang wanita.
Dalam pada itu, menerusi satu ciapan di X, individu yang berkongsi screenshot tersebut memaklumkan gadis berkenaan memilih untuk memutuskan hubungan dengan tunangnya itu.
Difahamkan, wanita tersebut juga sudah menukarkan akaun Threadnya ke mod privasi. Rata-rata netizen berharap wanita berkenaan bertemu dengan lelaki yang lebih baik selepas ini.
Adik-adik yang sedang mencari pasangan, ambillah iktibar. Elakkan berjodoh dengan lelaki yang begini.
Sumber: X