Ini 5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Mula Berkuat Kuasa Pada Hari Ini

6 hours ago 4

Memasuki penggal kedua tahun 2025, beberapa pelaksanaan yang dikenakan kerajaan mula berkuat kuasa pada hari ini.

Beberapa minggu sebelum ini, rakyat Malaysia telah diminta bersiap sedia menghadapi pelaksanaan pelbagai jenis cukai baharu.

Berikut merupakan perkara yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2025:

1. Pelaksanaan SST

semakan semula sst berkuat kuasa 1 julai 2025 2

Hari ini bermulanya pelaksanaan cukai menerusi peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5%.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), kerajaan tidak mengenakan Cukai Jualan ke atas barangan keperluan harian bagi meringankan tekanan kos sara hidup rakyat.

Susulan beberapa isu timbul selepas pengumuman yang dibuat awal Jun lalu, kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai jualan ke atas buah-buahan import terpilih seperti epal, oren, limau mandarin dan kurma sebagai sebahagian daripada buah-buahan import terpilih yang dikecualikan daripada rejim percukaian itu.

Artikel berkaitan: Ini Senarai 11 Barang Yang Tidak Akan Dikenakan Cukai SST

2. Cukai perkhidmatan kewangan di seluruh bank Malaysia

WhatsApp Image 2022 01 27 at 4.0

Bagi perkhidmatan perbankan, ia turut akan dikenakan SST 8% namun hanya tertakluk kepada perkhidmatan tertentu, bukannya asas yang biasa digunakan orang ramai.

Perkhidmatan perbankan asas yang membabitkan fi atau komisen seperti akaun semasa (akaun cek), akaun simpanan, atau akaun serupa termasuk e-dompet, tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Cukai perkhidmatan akan dikenakan hanya kepada perkhidmatan perbankan perbendaharaan, korporat dan pelaburan terpilih seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A panduan cukai perkhidmatan mengenai perkhidmatan kewangan.

Pelanggan dinasihati untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada institusi perbankan masing-masing mengenai perincian pelaksanaan cukai perkhidmatan ini.

Artikel berkaitan: Bermula 1 Julai, Bank Akan Laksana Cukai Perkhidmatan Kewangan Tertentu Sebanyak 8%

3. Tarif baharu elektrik

2935508

Selain berkenaan cukai, lebih 23.6 juta pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung bakal menerima bil elektrik dalam format baharu yang jauh lebih terperinci.

Pelarasan itu meliputi perubahan kategori pengguna yang terbahagi kepada domestik dan bukan domestik berdasarkan penggunaan voltan sama ada voltan rendah sederhana dan tinggi.

Format baharu ini memastikan pengguna bukan sahaja tahu berapa yang mereka bayar, tetapi juga apa sebenarnya yang mereka bayar.

Berdasarkan laman sesawang rasmi myTNB, pelanggan akan menerima bil yang memaparkan pecahan tiga komponen utama iaitu Caj Penjanaan, Caj Rangkaian dan Caj Peruncitan. Pendekatan itu bertujuan meningkatkan ketelusan dan kefahaman pengguna terhadap struktur bil elektrik.

Artikel berkaitan: Tarif Elektrik Baharu Sebabkan Bil Mahal? Ini Apa Yang Korang Boleh Jangka

4. Wajib pakai tali pinggang keledar dalam bas

kenapa bas tiada tali pinggang k

Mulai hari ini juga, pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas pesiaran diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Menerusi arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemandu perlu memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar. Mereka yang ingkar akan dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020 kerana telah diwartakan untuk pemasangan tali pinggang keledar.

Manakala bas yang dibina sebelum 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar.

Artikel berkaitan: JPJ Wajibkan Penumpang Bas Ekspres & Persiaran Untuk pakai Tali Pinggang Keledar Berkuatkuasa Selasa Ini

5. Penguaktkuasaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura

3350532

Kerajaan kini menguatkuasakan sepenuhnya Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Mana-mana kenderaan berpendaftaran Singapura yang dikesan tidak memasang atau mengaktifkan RFID mereka akan dikenakan saman bernilai RM300 serta-merta.

Setakat laporan hari ini, sekurang-kurangnya 10 pemandu warga Singapura telah dikenakan denda RM300 dalam tempoh sejam pertama penguatkuasaan yang bermula tengah malam tadi.

Artikel berkaitan: Sistem VEP Pamer Saman PDRM, Netizen Singapura Tak Puas Hati?

Pelaksanaan sistem ini membolehkan pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti kenderaan berdaftar asing, menjejak saman trafik yang belum dibayar, dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya tempatan.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |